Thursday 29 November 2012

My Konvokesyen 'USIM'

Assalamualaikum ...
tudiaa siap melambung topi nih !!

Readers kuh sekalian alam .. korang apa khabar ?? Cik fifi kembali to say Alhamdulilah coz cik fifi dah tamatkan pengajian for degree megree yang selama 4 tahun bertubi-tubi perjuangan yang semanis gula ini. Lega rasanya interview keje selesai, study selesai and kawen je belum selesai lagi, ramai yang bertanya-tanya naik rimas dengan persoalan ??
 'Bila ko nak nikah'
 'Bila nak kawen cek oii'
 'Boypren dah ada so cepat-cepat la nikah'

nak amek !! nie lah jantung hati cik fifi !!

 Aduihh naik serabut serabai kepala hotak ni !! Memikirkan masalah perkahwinan hahahahah , kita ignore jap bab kawen kawen nh .. kita kembali untuk hari Konvokesyen cik fifi yek, Tanggal 24 November 2012 Pukul 5 pagi cik fifi bangun bila semua manusia sedang tidur, semangat konvo katakan, gila x seronok.. so family cik fifi pon kalut malut macam cik fifi nak nikah jewp,, so hari bahagia semua semangat.

Ya Allah kau saja yang tahu 120k/j cik fifi pecuttttttt dengan hujan rahmat yang membasahi bumi puchong---> salak tinggi ---> dan selamat sampai ke bumi belajarkuh !! NILAI hehehehe

Thursday 8 November 2012

-Aku dan Bowling

Assalamualaikum

Nite reader ,jum la bace entry cik fifi sebelum tidur tu meh laaaaa (6 harkat), petang tadi selepas kemas rumah, basuh kain, sidai kain bagai cik fifi terus pengsan sampai la pukul 5 petang sedar-sedar kepala hotak pusing-pusing dan terus teringat nak solat asar kalau tidak nak pengsan kali kedua hikhik. So teringin pulak nak share dengan u all kenangan cik fifi dengan bowling pada tahun ini.

Last week cik fifi bersama-sama dengan my cool aunty ke IOI mall lebih kurang shoping complex la *memang shoping complex pon ngeeee , my aunty cik fifi la ajak main bowling dengan kawan dia 'kak yati and kak ina' so kami pon merempit naik Waja silver walaupun hujaan turun dengan lajunya wow semangat tetap ada, semangat kot sebab namploh tahun dah cik fifi tinggalkan dunia bowling nie. 

Tengok u all cik fifi pakai simple je sebab simple tu simple la, selesa tutup aurat Noted, nak tahu tak yang jaga kaunter bowling nie, muka macam telor yang dah busuk tu tak mesra langsung apatah lagi nak pandang . Patut tak mesra tak pandang cik fifi kat situ rupanya dia tu aww, atas sebab cik fifi mempunyai sifat perkemanusian dan keinsanan cik telur busuk tu dimaafkan serta merta. *masa tu penuh sangat manusia yang main bowling nh so kami hold dlam 15 minit.


Semua sekali Rm64.50 kami main 4 orang for 3 round hehehehe. Start game yang pertama bola kami masuk  longkang je *buat muka seposen je walaupun ramai yang usha kami main'pe usha2 aish hahaha tapi second game kami dah power strike strok strik semua kami hentam sampai bergegar bangunan shoping complex nie ha.. Butheway kami enjoy sampai lebam biji mata nie .. Lusa cik fifi and the geng my aunty sekali lagi menggegarkan bowling at IOI Puchong. Jum ramai-ramai ^^ dan kat bawak tu cik fifi bagi korang tengok pic yang dikatakan pemain hebat abad ini hahaha.


Thanks sudi terjah bLog kite ini ^^



Monday 5 November 2012

-Bersua Kembali-

Assalamualaikum

Pembaca budiman lagi cendiakawan cendawan sekalian, thanks sudi ziarah entry cik fifi walaupun sebulan sekali cik fifi entry, jari jemari yang comel nh tetap nak menulis untuk korang. Alhamdulilah 2 nov yang lalu cik fifi genaplah 34 hari cik fifi berkhidmat di Sekolah Menengah Putra Perdana, Puchong, pengalaman yang cukup bermakna paling meletOp abad ini *meletop ke.



peace .. trademark budak-budak comel cik fifi nie


Anak-anak murid cik fifi nh sporting blakee, pantang cik fifi free ajak berborak bagai, kononnye sedih cikgu x mengajar di sekolah tu lagi, just guru ganti je, 2 3 hari lagi nak cuti sekolah kalut la bebudak nak bergambar dengan cikgunye ^^ smile ... bergambar sampai lenguh muka yang comel ini *perasan la sorang-sorang.


hamek kau !! cikgu pon nak peace jugak ~

Itu ini sana sini atas bawah depan belakang adalah pengalaman cik fifi sebagai Guru kepada murid-murid Sekolah Menengah, sebelum tu cik fifi rasa tak percaya dan tak yakin nak mengajar di Sek Men nie .. Sebelum nie cik fifi mengajar murid-murid Sek Ren je, kali ini cabaran yang betul2 mengajar Erti Seorang Guru. Nak tahu sifat seorang guru mesti ada sifat Sabar Tabah Tegas Berdisiplin Cekap Amanah Bijak jangan lembab ye .. Bukan student yang mengontrol kite .. Tapi kite yang mengontrol student ..

Yang pakai baju kurung hijau tu MY bff, dia pun bekerja di sekolah yang sama, dari zaman sekolah kitorang sampai la suku abad nh tetap bersama, kawen je tak sama *perlu ke cakap macam tuh !!
v
v
Gembira sama-sama, sedih sama-sama, kena kutuk sama-sama, kena marah pun sama-sama means Everything kami tetap bersama...



Cik fifi rasa bertuah dan bangga * hidung dah kembang tuh !! kebetulan sekolah tersebut buat event HI-TEA dan  ANUGERAH guru ... memang meletop la.. nak tahu meletop ke tidak korang jangan lupa saksikan entry cik fifi yang mana cik fifi akan ceritakan keadaan disana *tunggu cik fifi entry pleaseeeess 



Tengkiuu sudi bace !! love u all



Friday 28 September 2012

-Ustazah vs Cikgu-

Asslamualaikum .. pembace kuh yang setia !!

Kali nie cik fiey nak berkongsi ngn u all tentang kehidupan cik fiey setelah bergelar pendidik nie. Bermula 13 September 2012 sehingga sekarang cik fiey berkhidmat sebagai Guru Bersalin for 3 month, rasanye x sampai pun 3 month coz cmne ntah pihak sekolah nh kira.

Lantak lah berapa bulan pihak sekolah nak bagi cik fiey berkhidmat, yang penting cik fiey nak jadi pendidik yang ikhlas mencurah ilmu untuk anak-anak bangsa kite. 3 weeks ago cik fiey berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana at Puchong, dan cik fiey mengajar subjek agama 'PENDIDIKAN ISLAM'. Alhamdulilah cik fiey nie bukannye pandai sangat cuma kita manfaatkan apa yang pernah belajar 5 tahun yang lalu heheheh syukur dapat jugak job walaupun lagi sebulan nak cuti sekolah.

Ni Logo SMK PUTRA PERDANA
v
V

MISI:
untuk Memberikan Pendidikan Kepada Generasi Muda Melalui Pengurusan Pendidikan Berkualiti bagi Melahirkan Isan Mulia berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

VISI:
SMKPP akan menjadi sekolah cemerlang di negeri Selangor menjelang tahun 2015

Oke, u all mesti nak tahu kan macamne cik fiey mengajar budak-budak Tingkatan 3 and Tingkatan 4, before cik fiey masuk kelas diorang cik fiey akan menelaah apa yang perlu cik fiey mengajar nanti so for your information, bukan senang tau nak jadi pendidik nh, "Fizikal Mental Ketahanan Diri Kesabaran Kesungguhan dan Control Ayu" semasa mengajar perlu ada pada setiap orang guru lebih lebih lagi guru Muda yang lama baru menamatkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia.

Tuan Puan Dato Datin dahku ...

Tibanye tarikh 13 September 2012 tu, cik fiey seorang diri memberanikan diri dan buat buat tak malu menuju di Pejabat melaporkan diri huh !! Penolong Kanan Sekolah tu terus bagi jadual dan suruh cik fiey masuk kelas dan mengajar. Memang gelabah lah time tu. Tapi tak pe, cik fiey dah wat persediaan walau apa pun terjadi Alhamdulilah...

Yang menyebabkan cik fiey nie busy seolah-olah Perdana Menteri pulakkan ^__^  guru yang cik fiey ganti nie adalah Guru Kelas 3 Alamanda huhuhu so cik fiey terlalu banyak kerja contohnya Every day mesti ambil Kehadiran Student Kelas 3 Alamanda, Buku Ringkasan Mengajar {sentiasa complete huhu} setiap minggu kena siapkan dan Puan Hadarah akan tengok dan T.Tangan diikuti cop. Akhir sekali cik fiey kena key in 40 orang untuk kelas 3 Alamanda dalam sistem. Kerja tu cik fiey akan dibantu oleh Kak Lydiawati so nice la akak nh .. baik sangat dengan cik fiey tau, time budak exam nanti InsyaALLAH cik fiey akan siapkan !!

Abaikan yang dibelakang cik fifey tuh !! hehehe gimik semata-mata 

Apa gelagat budak-budak sekolah nie .. nantikan entry seterusnya dari cik fiey .. Thanks u all sudi membace entry cik fiey ..

Tuesday 11 September 2012

- Masih Ada-

Assalamualaikum 

Hai readers kuh sekalian, nampaknye cik fiey masih boleh menulis dan akan terus menulis kepada sesapa yang terjah bLog cik fiey ni, so sekarang cik fiey masih penganggur TERHORMAT, dan insyaAllah tak lama lagi cik fiey akan mendapat keleje ,, WORRIED ,,,
aci tak cik fiey siarkan gambar yg comel lagi muslimah nie 

Sekarang cik fiey diselubungi dengan kenduri kendari sepupu sepapat, then cik fiey wat-wat busy sebab mereka perlukan perkhidmatan waaaa untungla pandai jugak ,, opss terpuji diri sendiri,, so dalam bulan SEPTEMBER nh cik fiey akan berada di kawasan Bangi, Sepang, Puchong , important thing !! nak pergi Usim dan selesaikan mana yang patut,, arghhhhhh tetiba zaman study dulu,,

Raya ke 5 haritu, Alhamdulilah cik fiey dah dirisik oleh Sang Kumbang yang dah lama hinggap dibunga ,,,, dan cik fiey mendapat sebentUk cincin yang comel(belah rotan) thanks darling..dan bakal mak mentua yang sarungkan,,, sumpah nebes gile.. dan dalam masa yang sama cik fiey bersyukur pada ILAHI akhirnya Sang Kumbang betul-betul nak jadikan cik fiey isteri,

Selama cik fiey tak entry, macam-macam perkara yang menyeronokkan dan menyedihkan, kita manusia perlu redho dan sabar sebab dunia nh pinjama semata-mata.. tengok dah bermadah pujangga la pulak,, u all jangan lupa doakan cik fiey yek tak kira dimana u all berada..

InsyaAllah if ada masa yang bertuah cik fiey akan entry wat kali kedua setelah sekian lama menyembunyikan diri disebabkan ..................... paham-paham je la korang nh ^^

sayang rindu u all ...

Monday 9 July 2012

- cuba try

Assalamualaikum  ♥ 

Alhamdulilah sekarang cik fifiey akan berada di rumah sendiri dan membela badan yang makin montel nh, sumpah bahagia sangat tinggal dengan family kan, so cik fifiey dah niat dan bertekad berazam berazim berazum nak menjaga kesihatan dan nak dapatkan badan yang dulunya 45-48 sekarang 50 aboveee .. arghhh macam gile kOt cik fifiey tengok penimbang berat uh !!  cam x percaye je hahahah ..

So mama cik fifiey buat derkkk je aw dan b.. she said ' badan gemuk xpe janji hati kiutt' wah wah dah macam kata-kata pelawak JAMBU tu kan.. so jawapan mama tadi diterima thanks mama for ur nice advice...

Jaga makan jaga badan jaga kesihatan ,,, itu paling baik ryte ,, Now cik fifiey x ambil nasi untuk malam,, ambil yang ringan-ringan je .,, memandangkan musim buah cik fifiey melantak buah-buahan yang ada disekeliling rumah ,,,,

Ok .. cik fifiey nak makan buah rambut-tan nie .. jum ...
Thanks sudi bace ! sayang korang

Thursday 28 June 2012

-Masih bernafas

Assalamualaikum 


Mari Kita Bangun Pagi ....... Jantung Masih Berdenyut .. Anggota Masih Boleh Bergerak !!!
Apabila bangun daripada tidur , Tanya diri sendiri ?? Kenapa ALLAH hidupkan aku pada hari ini ??

Jawapan Yang dicadangkan Oleh IMAM AL-GHAZALI :
Kerana Dosaku Terlalu banyak .. dan ALLAH berikan masa untuk Aku BERtaubat ...





Saturday 23 June 2012

- Tolong Cik fifiey

Assalamualaikum 

Disebabkan gilakan bLog ini, cik fifiey nak sangat tukar header ni bukan header sekarang x cantik cuma nak tuklar selera je, bOLEH X ?? Anyone     to     help       me  ?? please ... 

Cik fifiey nak header tu simple saja, then letak gambar cik fifiey la hahahahah bukan x nak usahakan sendiri tapi malas nak usahakan sendiri... if ada ilmu dan bahan-bahan cik fifiey da lama tukar tau dan x akan menyusahkan korang semua if  who want to help EMEL me :: serikandiiman@yahoo.com ::: dont forget ke .. i'll waiting korang !!!

ade kena mengena ke dengan header ... so suweeeet ~

Thaks sudi bace !! sayang korang 

Monday 18 June 2012

-Tips : Buah Pinggang Sihat

Assalamualaikum 

 Korang sihat tak ?? pada malam yang berbahagia ini cik fifiey dengan rajinnye nak berkongsi dengan korang tips untuk Buah Pinggan agar sihat dan cergas,, motifnye cik fifiey mengkaji 98% orang di Malaysia sukar untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat bukan !!!! sO  jum  kite sesama tengOk ape tips-tipsnye yang ada.
V
V
V
V
v
v
sesuka hatey je letak pic kaburr ni an an ..

* Berhenti Merokok
* Kawal kadar gula dalam darah,tekanan darah dan
   kolestrol agar sentiasa berada pada paras normal
* Amalkan diet yang sihat (cik fifiey suke yang nh)
*Tidak mengambil Ubat Tahan Sakit secara kerap
*Tingkatkan pengambilan serat untuk memudahkan pencernaan
* Minum air secukupnye(bukan air manis air yang telah dimasak tau !!)
*Bersenam (cthnye: berjalan kaki atau joging)
*Jauhi alkohol
*Tangani stresss dengan Bijak 


Selamat   Mencuba   Dan   Jangan   Lupa   Amalkan ek !!!

Saturday 16 June 2012

-Layan

Assalamualaikum 

Syukur sangat thesis dan report cik fifiey selamat menjalani pemeriksaan yang kedua, Prof pon dah penat nak check sehingga lah settle dan complete sumenye,,,, So cik fifiey bOleh la tanam anggur kt rumah memandangkan bilik cik fifiey sendiri dah siap yuhuuuu aku orang yang pertama gembira, walaupun lambat lagi nak nikahnyeee..

keseronokan itu  cik fifiey je yang rasa ..

Sampai duit pun dah kering di sebabkan perjuangan belum selesai ,, tapi x pe .. semua tu ujian dari Allah ..
 duit x boleh masuk kubur pon .. ilmu yang penting... kalau xde ilmu siapa la kita, so cik fifiey terjumpe dan suke Kata-Kata Hikmah INI --> "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara, dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan "
So korang boleh ambil jika korang suke kata-kata nie .. sebab cik fifiey akan entry lagi yang  best-best untuk korang semua ye .. Salam ciuman mesra dari cik fifiey .... ^^

Thanks sudi bace !!


Friday 8 June 2012

-Tips : Bilik wangi Idaman Semua

Assalamualaikum .. sedare sedari

Kali nie cik fifiey nak berkongsi dengan korang bilik idaman dan cmne nak sentiasa wangi, korang diluar sana yang mempunyai bilik sendiri, bukan ape tak lama lagi cik fifiey bakal mempunyai bilik sendiri, sebelum nie ada tapi berkongsi dengan dua orang adik perempuan, mereka pon dah besar kan, so mama ayah cik fifiey kesian kan cik fififey dan mereka terus plan untuk sediakan bilik untuk cik fifiey, sumpah  seronok kan, korang rasa ??

Bilik macam nie privacy ok kan ,, ala-ala english style ,, cik fifiey suke ,,, yang Penting Kemas + Wangi

Siap saje bilik, plan plak nak cat warna ape ?nak sentiasa wangi dan selesa .. bagi cik fifiey semestinya la Pink tapi mama suka Purple, siap nak cik fifiey kawen nanti Purple,, huhuhuhu Alhamdulilah Moga dipermudahkan segala urusan Ameeen..


Bilik yang busuk mesti korang tak selesa, dan mengganggu tido kite. Kalau bilik yang akan digunakan oleh sedara  dan kawan-kawan kite if diorang menumpang kan, 

1. Korang ambil beberapa biji limau kasturi dan letakkan di setiap sudut bilik, mesti segar dan harum.

2. Sediakan pelbagai bunga termasuk daun pandan, letak je rata tapi jangan bersepah-sepah udah lew.

3. Bagi yang di kmpung , mesti senang nak dapatkan daun pandan, so potong daun pandan kecil-kecil, letak dalam mangkuk atau bungkus dengan kain jarang. Itu je yang cik fifiey tahu ,, agak-agak tak wangi jugak korang beli je pewangi kt kedai, habis cite hahahaha.

INFO
-> Jangan makan atau bawa sebarang makanan masuk dalam bilik

-> Selalu cuci cadar, selimut dan sebagainya

-> Hias bilik tidur dengan bunga-bungaan segar agar harum heheheh

-> Kemas dan sapu bilik setiap hari

-> Buka tingkap setiap hari

Sunday 3 June 2012

-Tips: Tahan Nafsu Makan

Assalamualaikum semua ! 


Lame cik fifiey tk entry Tips-tip yang sihat kan,,
 jum kali nie korang mesti kena baca sampai habis Thanks aw,,,

Comel corak leoprd nie !! tgh gila cork nie *terkeluar tajuk

Anda seorang yang sedang berusaha untuk Diet? Anda suka Makan? Anda sukar untuk melawan nafsu makan? Tetapi, anda mahu kurus macam ziana zain cm slim worl uh ? Banyak persoalannya fikir fikir dan terus memikirkannya...

Cik fifiey pon macam tu jugak mesti mahukan sokongan untuk kurus rite !! Ye la mesti rasa potongan badan tak cantik la dan mahukan bentuk badan yang cantik... tapi susah sangat nak kurus. macam-macam cara nak mengatasinya, Hasilnya tetap sama :(

Baru cik fifiey tahu, nak dapatkan badan yang kurus mesti banyak yang kite kena korbankan, Ye la dah tengok makanan kegemaran anda Burger Otai, Nasi lemak, Pizza, Mcdonald, KFc bagai ... so cik fifiey berusaha mencari tips nie akhirnya ...

1. Tanya Diri Sendiri
Sudah menjadi kelaziman, seseorang suka mengunyah walau tidak lapar. Mengunyah lebih bersifat inginkan memakan makanan ringan seperti kepok ataupon kekacang. Namun, keadaan tu bukan time kite lapar, Sebab ianya berlaku time kite asyik membuat something, membaca atau sedang bekerja.

2. Sibukkan Diri
Pernahkah ketika anda sibuk terlalu dengan tugasan, pasti anda teringat dengan 'makanan'? kebiasaanya jika terlalu sibuk atau ralit dengan sesuatu, tumpuannya lebih kepada keje kan, sehinggakan lupa nak mentedarah hahahahah, so ia mampu menyekat  selera anda !!

3. Fikirkan Apa Yang Dimakan
Jika niat nak diet, pasti kira-kira untuk makan sesuatu, sebelum membuat keputusan untuk memilih tempat makan. Tetapi jika terfikir dari awal, anda mampu memilih kedai makan yang sesuai dan tiada pilihan yang banyak untuk memilih makanan. So pastikan ia makanan yang lebih berkhasiat, rendah lemak dan kurang kolari.

Thanks sudi bace !! sayang korang 



-Awal lagi Bagus

Assalamualaikum... tak jawab dose !! hehehehe 

Dah seminggu Cik fifiey berada jauh dengan family, terasa rindu yang amat sangat selepas 3 bulan cik fifiey bersama family disebabkan Praktikal yang paling dasyat abad ini huhuhuhu, so perjalanan cik fifiey sekarang masih menunggu masa yang paling sesuai untuk Berjumpa Dengan Profesor   Zul   yang   ohsem,,


Tesis oh Tesis selagi tak selesai sepenuhnya cik fifiey rasa hidup nie x tenang la, ingat sepupu yang nak menikah 2 3 hari nie,, macam-macam lah !! Tadi cik fifiey dengan my aunty melantak MCdOnald di Alamanda, so My aunty memulakan perbualan,' k.ngah  ko  nak  bertunang  kan ,, so prepare  la  hantaran  awai-awai nanti  tak  kalut  sangat?? amacam  oke  tak  idea  tu,,  bukan  hapee  makteh  tak  mau  ang  nanti  kelam kabut .. --> Speechless (o.0)  dalam hati'bolehpakaigakideatu'

Sampai je rumah cepat-cepat solat Mahgrib, habisnye doa, teringat balik kata-kata My aunty uh.. Betul jugak kan,, td kt Alamanda ada Diskaun,,,, harga sebenar seratus lebih jugak la ,, disebabkan gila akan perkataan Diskaun cik fifiey pon menjamu mata ,,, perghhh ohsem la harga uh !! So my result is cepat-cepat la message my future husband bagitahu pe yang tersirat ,,, dia pon memikirkan !!!!

Alhamdulilah, baik kite buat persediaan awal untuk hantaran kite ,, nak barang baik mesti pandai pilih betul ?? so korang or my beloved readers nie cume pandangan dari cik fifiey x kisah la ape jua keputusan korang ea ,,, Moga dipermudahkan segala urusan aminnnn,,

Thursday 31 May 2012

Ikhlas

Assalamualaikum my readers ! 

Lamenya rasa jari jemari tidak menaip bLog yang makin pudar ditiup masa, cepatnya berlalu sehingga la cik fifiey selesai menamatkan tesis yang hampir nambolan lebih untuk disiapkan, dengan harapan korang doakan ye yang terbaik buat cik fifiey, bukan sifat malas sejak azali tetapi saja buat-buat malas, jangan tiru sifat yang Nabi tidak suka ye.

Tarikh last Encik Prof check tesis jatuh pada tarikh 6 Jun 2012, wuaa rasa sedih sebak hati yang berbentuk Love nie, hari tu tarikh sepupu kesayangan cik fifiey berNikah, sape tak sedih kan, pagi tu cepat-cepat hantar tesis pastu, dengan kelajuan maximum cik fifiey bergegas ke Hentian Kajang pulang ke Alor Star... 

Ya Allah, moga perancangan cik fifiey dipermudahkan ye, sekarang cik fifiey stay rumah Bff hidayah vs atiqah, best la dapat sahabat macam diorang nie, masak untuk cik fifiey, bagi pinjam kereta untuk cik fifiey berulang alik ke Usim jumpe Prof dan macam-macam lagi lah... besarnye pengorbanan pelajar universiti nie ye,,

Malam tu Bff cik fifiey bawa jenjalan di Uptown, pergghh ramai sangat penjual berbanding pembeli, xpe mereka mencari rezeki yang halal kan, so x kisahlah ape pon mereka janji rock. Kami masih berjalan dan menjamu mata saje nak beli something ape ya nak wat memori selama cik fifiey berada di bangi urmm berjalan dan terus berjalan 2 pusingan, Akhirnya cik fifiey terpandang bantal-bantal peluk murah-murah, so tanpa berfikir pendek cik fifiey nak dolphin merah tapi dah koyak, ape la akak nie jual barang koyak, dush dush !! kepala tu kang menipu customer cukup pandai, naseb bek la cik fifiey dengan Bff raba-raba seluruh badan dolphin uh sebelum bayar.

Disini cik fiifey banyak belajar pengorbanan menjadi student !! selama cik fifiey belajar 4 Tahun di Universiti Sains Islam Malaysia,, banyak kenangan dan Ujian yang cik fifiey tempohi.. Hidup nie if tak de kenangan Ibarat Pohon xde Daun an an .. *pepatah sendiri jewp ~  dOakan lagi cik fifiey dapat konvo hujung tahun ini yek !!

Kejutan buat korang...

Insyaallah kalau takde pape aral melintang cik fifiey akak Bertunang dengan Putera Idaman cik fiifey sendiri Moga Dipermudahkan ye--> If kamu nak tahu cerita selanjutnye Ikuti bLog cik fifiey ye, rajin-rajin la singgah dan kejutan demi kejutan cik fifiey akan entry di blog yang comel lagi ceria ni,,,

Jumpa dientry seterusnya !! sayang u all

Tuesday 22 May 2012

Tak ku Sangka

Assalamualaikum 

Cik fifiey gembira malam ni dengan ditemani nyamuk-nyamuk yang sering menyibuk x kira tempat, lama rasa x hapdate blog nie kan ,, sekadar tatapan korang semua, cik fifiey nak berkongsi cerita masa cik fifiey tingkatan satu, ye la masa tu wajah kanak-kanak yang suci tanpa dosa, berhingus plak tu, uiii nak kata comel tu ntah la,,, perasan je lebih...

So cik fifiey ade seorang kawan baik masa tu tingkatan satu la, sumpah kamcing sangat, ape-ape berdua, berkongsi air mata , pelajaran sudah semestinya la,,, cik fifiey penah tido rumah dia dan dia pernah tido rumah cik fifiey,, 

Yang sedihnya...
Member cik fifiey tu kuar dari sekolah tu awal dan cik fifiey plak setakat tingkatan satu je la,, so kami lost contact terus .. tapi cik fifiey dan member cik fifiey x pernah lupa tau ,,, finally cik fifiey dapat num contact dia rindu sangat-sangat kt dia---> https://www.facebook.com/hannane.fadzil .. kebetulan adik cik fifiey satu sekolah dengan member cik fifiey nie .. 

 Sekian dulu dan cik fifiey nak mimpi indah-indah la malam nie ,,, oke jumpe lagi ,, 
Thanks sudi bace !! sayang korang 


Monday 14 May 2012

Sebak Seketika

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, cik fifiey rasa , cik fifiey orang pertama yang gembira teramat sangat-sangat kerana dapat hadir Hari Pernikahan bff Cik Eva Danial, beliau seorang bff cik fifiey yang paling cute lah ^^ dan seorang yang tabah dan kuat sehingga la hari beliau bergelar seorang isteri kepada --> Aizat Amier.. Tahniah both of you..

Cik fifiey bertuah sangat sebab dapat datang awal,, actually 13 Mei pernikahan bff cik fifiey,, tapi disebabkan sayang sangat.. cik fifiey datang 11 Mei huhuhu,, awal x?? Ye la cik fifiey dah cuti time tu so x salah pon datang awal,, yang seronoknye dapat jenjalan kawasan Ipoh, terbaik la family Cik Eva nie.. 

Kami ke AEON{jusco} shoping complex nie baru jew siap,, sumpah best gilerr ,, if x caya datang la sendiri,, sebijik macam Mid Valley nak cari barang berjenama sume ada .. yang duduk area Utara x payah la terhegeh-hegeh panjat Mid ke Time Square bagai,, kt Ipoh pon ada la huhuhu ~ kagum sekejap.. nak tgk wayang ngn pakwe ke family ke pon boleh,, dekat sangat dengan rumah Cik Eva kite.. Ipoh memang maju la sumpah cik fifiey kata nie !!

                                                                    Hati gembira dan terharu bila..
Kitorang terlalu gembira sampai x sempat nak capture picture bebanyak.. cuma kenangan yang mengingatkan cik fifiey,, seronok seronok ,,, hepy hepy.. sampai x mampu nak berkata.. Ibu Ayah cik eva sangat baik,, diorang layan cik fifiey as anak betul tau,, dan cik fifiey dilantik sebagai Anak Angkat (T__T) terharu hati nie dan menangis sensorang dalam hati,, adik-adik cik eva sumenye baik dengan Cik fifiey,, yang bongsu adik Huda,yang gumukk + comel dan petah bercakap,, dia panggil Cik Fifiey 'kakak comel' hah !! perasan dan kembang jugak time tu,,


Detik bahagia Cik Eva..
Lepas zuhur kitorang ke masjid,, bertuah tau sebab Masjid tu dekat dengan rumah tambah pula masjid tu baru cantik dan bersih,, Alhamdulilah Cik Eva dah sah bergelar isteri ,, time tu semua orang gembira dan sibuk la mengambil gambar pasangan pengantin nie.. Cik fifiey lagi la dengan camera barunye tu,, macam dia je ada camera.




Selesai sesi bergambar kitorang makan-makan,,,Thanks Ayah Danial sebab belanjakan tiket ke Sungai Petani, tiketnye pukul 4.30petang,, dan Thanks sangat Cik Eva dan suaminye Aizat Amier la yang hantar ke stesen Medan Gopeng,, terharunye.. masa tu entah Kenapa air mata nie mengalir laju,, sebak sangat-sangat hanya Tuhan je tahu.. Mungkin ini lah dikatakan Sahabat Sejati till Jannah kan.. 

Jari nie dah penat !! time to Lunch bye bye !! Thanks sudi bace .. sayang korang


Wednesday 9 May 2012

-Tips: Mengantuk

Bestnya jadi baby,boleh tido sentiasa

Assalamualaikum 

Lagi setengah jam cik fifiey nak tunggu jam 5, fedup benggang rasa nak makan orang pom ada. Kenapa hati nie rasa x senang je, pusing kiri pusing kanan aishh kalau pejabat ni cik fifiey yang punya, cik fifiey suruh anak-anak buah berkumpul dan pasang lagu Poco Poco dan kita menari wah !! best sangat hilangkan rasa Mengantuk di hati tak siapa yang tahu .. important thingss kita dapat exercise. 1 2 3 ... guys poco poco !!! come on ..

Mengadap je bLog cik fifiey yang ohsem nie.. cik fifiey mula gatai tangan dan luah isi jantung hati untuk korang semua,, thanks yang sudi bace korang memang ohsem like bLog cik fifiey yuhuuu, semestinya mengantuk nie tetap menguasai cik fifiey, adakah ini angkara Iblis LaknatuLLah !! Astagfirullahalhazim,, cik fifiey cuba dan terus mencuba untuk mencari Apakah Petua Yang Paling Cun untuk mengatasi mengantuk tahap kritikal yang xde sesiapa dapat lawan.

Mula la cik fifiey mulakan perjalanan menjelajahi seluruh pejabat, semua pandang cik fifiey tapi muka tetap control dan terus menjelajah untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. selesai thowaf 2 pusingan cik fifiey kembali ke tempat asal dan duduk diam tanpa kata, ish ish tetap xde perubahan -__- macam nak cari bantal dan tido dengan amannya.... tingat bantal bucuk dirumah^^

Tetiba fikiran cik fifiey teringat satu program masa tu cik fifiey muda lagi muka pun licin tanpa Jerawat yang gatal nak tumbuh nie !!
Tipsnya Adalah ...

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1. 1 orang insan yang mengantuk. insan yang mengantuk ini perlu ada sekurang-kurangnya
* 1 batang tangan
2. 1 orang insan yang sejantina dengan bahan 1.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Tidak perlu ke mana-mana, tempatkan dua orang ditempat korang,,, jangan membelakangi.
2. Letakkan tapak tangan bahan 1 ke bahu bahan 2. Urut dengan kadar kelajuan yang sesuai. Sentiasa berwaspada bahawa ikhlas adalah elemen yang penting untuk menjayakan tips ini.
3. Beralih ke bahu sebelah lagi (kanan atau kiri) jika mampu dan urut dengan semangat pejuang perang Khandak. Sentiasa beringat bahawa yang diurut adalah bahu, bukan batu-batu disekitar Madinah.
3. Sekiranya bahan 1 sudah segar, segeralah beralih peranan. Simbiosis!!
4. Amalkan dimana-mana (yang rasional). Tempat Keje, Dewan Kuliah, ketika Qiamulail bersama-sama.

JANGAN !!

* Cik fifiey tidak galakkan korang cuba ketika khutbah Jumaat. Ketika khutbah Jumaat, kita dilarang bercakap-cakap, malah dilarang menyuruh orang lain berhenti bercakap-cakap. Aku fikir, ada kemungkinan mencuit atau mengurut kawan mampu mengurangkan/ menghilang pahala Jumaat. ( untuk lelaki sahaja)

Thanks korang!! love u 


Monday 7 May 2012

-Cewi sangat

Assalamualaikum 

Semalam, balik keje cik fifiey terus merempit ke kedai kodak depan stesen bas mara, dua pusingan cik fiifey baru dapat parking, menci .. menci susah sangat nak cari kalau p tempat tu, kemain lagi la dengan hidung kembang jalan lenggang lenggok macam tweetywalk.

Ermm akhirnya cik fifiey berjaya memiliki Kamera Digital yang x berapa nak canggih berwarna merah,, wow !! cewi sangat dari semalam sampai la ke office nie.. Bukan nak bangga tapi selama setahun setengah cik fifiey mengidam nak ada kamera sendiri.

taraa... merahnye makngah 

Tahun nie, kamera cik fifiey akan berkhidmat pada pernikahan bff cik fifiey, hari raya dan hari-hari yang tidak rasmi hahahah. Cik fifiey dah serve dalam gambar kat google, memang mantap tahan kritikal cik fifiey tengok,, nafsu ammarah nie ditahan berkali-kali kerana ketiadaan fulus yang beribu-ribu hik hik..



Seronoknya kalau itu kamera cik fifiey kan, insyaallah satu hari nanti cik fifiey akan buktikan pada satu malaya bahawasanya cik fifiey layak memiliki kamera yang canggih dan besar macam badak nie,, ntah la sejak gila dan terlalu obses dengan kamera, cik fifiey rasa cik fifiey patut ada satu kamera untuk menangkap muka cik fifiey yang comel ni,, *haaaaa perasan lebih.

Dibawah nie adalah hasil tangkapan cik fifiey semalam dan pagi tadi, cun jugak la picture nie kan, so sekarang cik fifiey kena jaga dengan baiknya sebab kawan cik fifiey kata rosak je memang susah nak baiki sebab barang-barang kamera mahal.




Macam kamera canggih tak?? Tolong Jangan Perasan Cik Fifiey ^__^ so cik fifiey dah x perlu nak risau 567 jam sebab benda yang diidamkan dah termakbul dah ada depan mata. Sekarang kena jaga dengan baik sebab gajet-gajet cenggini sensitip sangat ... muah muaah cayang dia..

Sekian Teima Kasih !! sayang korang 




Sunday 6 May 2012

-Dosa dan Sakit


Assalamualaikum 

Alhamdulillah segala ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada cik fifiey sudah sembuh cuma mata je masih stim sebelah *dek kerana mengendap orang, semalam doktor yang encem lagi botak itu beri cik fifiey mc sehari  dan lima jenis ubat yang besarnya macam ketul batu dan dua ubat untuk mata yang comel lagi bulat heheehhe...

Allah berfirman: 'Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(daripada perbuatan dosa dan salah) dan (pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan dosa-dosa kamu' - Surah As-syura, ayat 30.


Tahu tak..? Dengan ujian itulah, Allah SWT menetapkan keimanan hmbaNya.. kalau di fikir-fikirkan, indahnya ujian ini kan..?? Dah lah ujian, dapat reward besar lagi... Jadi sekiranya hadir suatu ujian pada kita atau cik fifiey sendiri, janganlah kita menyalahkan takdir sebaliknya bersyukurlah kerana Allah SWT masih lagi ingat akan diri kita dn ingin kita terus berada di atas jalan yang benar .. {hmm.. sangka baik is the key word ! it make u positive everyday ..}

Cik fifiey nak cepat-cepat sembuh sebab pernikahan bff cik fifiey dah nak dekat !!! wuaaaa xkan la nak biarkan bff cik fifiey cun sorang-sorang ,, cik fifiey pon nak cun jugak, baju punya lawa tetiba mata bengkek plak habis spoil mjlis dek kerana mata cik fifiey bengkek, heheheh ..

Korang doakan cik fifiey dan mata cepat sembuh yek !! thanks ya..

Terima kasih sudi bace !! sayang korang





Wednesday 2 May 2012

-Pasti kebabom

Assalamualaikum ♥ 

kemain lagi cik fifiey nak p tengok orang nikah tapi exited sangat cari baju, hehehe bukan ape cik bedah cik joyah oii, pernikahan bff cik fifiey kOt sape x mau cantik-cantik bff punyer la cun kita pon tumpang cun sama la kOt, biar over ke perasan cun ke janji pueh hati yang suci lagi bersih ni ,, bukan BERSIH 3.0 tau .. (~_^")

berfikir lagi ...

baju ape yang sesuai ek .. nak seksi ke x ?? seksi dapat dosa cik fifiey oi, sedar la sikit zaman sekarang macam-macam benda yang terjadi,, hadoii takut plak ,, so pakai pakaian yang menutup urat opss aurat dan sopan sebab nak p tengok orang menikah ,, jangan orang tengok kita plak yang menikah kelas kau jahh !!

so weekend nie mulalah edisi khas mencari baju untuk 13 MEI nanti, sasaran utama tesco jusco coco hahaha ~ cik fifiey nak serve dulu mana paling cantik dan murah betul x ?? ingat nak cari baju kurung moden jewp ,, warna purple sebab bff cik fifiey suke purple heheheh ~ cik fifiey suke pink, motif xde motif pon.

ada berani ,,, sumpah jadi nangka kalau pakai cmni !!


rajin plak hari ini entry sehari 2 kali, cik fifiey makin bersemangat la sebab lappy cik fifiey nie makin manja dan mengada-ngada so nak x nak kena la belai selalu ^^v 

adeh !!! sakit nye anak leher nie mengadap lappy ,, jum cik fifiey nak berjalan-jalan kononnye exersice la , motif nak p kacau orang wat keje yang bajet rajin ,,


p/s : You are Strong & Beautiful cik fifiey <~

Tuesday 1 May 2012

-Aku ada Kau ada

Assalamualaikum 

salam 1 mesia nigeria vietnam london , semalam cik fifiey nan family tercinta menonton perlawanan antara kedah gomoi kelantan tapi nasib menyebelahi kelantan , riuh rendah + jeritan macam pontianak hilang suara lunak cik fifiey semalam.

 finally  kedah memang terbaik walaupun x dapat ke final nanti cik fifiey adakan perlawanan cik fifiey invite pasukan kedah ek .. huhuhu ~ sayang kedah !! time syOk-syok tengok hujan punya la lebat selebat rambut allycat uh .. nasib bek astro cik fifiey ok xde masalah .. hujan pon benti dengan tenang .

start mengayen baju sambil dengar lagu jiwang pe lagi ... 'kain putih yang ku berikan untuk muuuu kini pudar... ' ayah cik fifiey lalu dengan muka suci dalam debu mengerling ke arah cik fifiey yang gedis itu .. cik fifiey terdiam dengan muka selamba biawak cicak kobeng hahaha !!

mata mula stim ....

korang, sebelum tido mesti nak belek-belek handpon kan, gayut r tu wish godnite nan bf ke gf ke, tapi cik fifiey mesti wish nite kt bff cik fifiey, sumpah rindu gile kt dia, sape ??? cik eva la, dy dah engaged nan ejat budak bucuk hehehe jangan marah ejat, 13 mei nie akan nikah wuaaaa *tiyak pai bengkak biji mata, 55 hari cik fifiey terbayangkan cik eva time nikah mesti cun gile an an .. mata bOlat orangnye kecik-kecik hehehe bff cik fifiey memang cun tahap kritikal, kau da ???

tengok bff cik fifiey sebelah kanan sekali ♥ 


Time to break .. cik fifiey doakan bff cik fifiey kekal slamanya with her hubby dia .. cik fifiey bila lagi ???
tunggu yek !!! korang mesti datang if dapat kad wangi dari cik fifiey ek .. tahun depan malam raya kot hahahaha ~ sekian

Terima kasih sudi bace !! sayang korang 




Saturday 28 April 2012

-Sabar itu Indah



Sabar itu indah kerana ia adalah bunga-bungaan dari keimanan kita yang sebenar. Kelopaknya diwarnai dengan ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa...

"Dan jika kamu bersabar dan bertaqwa,nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu" (Surah li-Imran ayat 120) 

Terima kasih sudi bace !! sayang korang


super star !!

Asssalamualaikum ...

Alhamdulilah cik fifiey gembira sangat-sangat ... hampir 2 minggu cik fifiey tahan punyer tahan, da banyak orang cik fifiey hebohkan arghhh malunya,, thanks yek .. yang penat mencari link untuk cik fifiey nie ,,  akhirnya bLog hak milik cik fifiey yang comel lote uh dah bertukar menjadi bLog eklusif * cik fifiey puji lebih sebab tu bLog dia :P  --->http://warnawarnicokelat.blogspot.com/ ..

^^v peace !!! begini lah muko kalau hati senang lenang 


versi pink ... tenang je kan ... sesuai sangat for gegurls ^^


Inilah bukti pencarian yang diterima oleh sedara cik fifiey untuk memilih template yang sesuai dengan citarasa cik fifiey ... if korang nak tgk KLIK je kt link nie yek !!! memang semuanya terbaik la sampai nak cari pun susah .. sebab semuanya cantik-cantik belaka ....

sekarang cik fifiey x gaduh nak fikir sampai termimpi-mimpi bagai ,, bila terkenangkan bLog nie ... sekarang boleh fOkuzz praktikal then boleh hapdate sesuko hatikuh !! rasanye .. cik fifiey kena berhenti disini sebab nak mamam sebentar ya ,, 


 Terima kasih sudi bace !! sayang korang









Monday 23 April 2012

IDAMAN MALAYA !!!

Assalamualaikum ...

Rasanya nak dekat sebulan cik fifiey merehatkan jari - jemari mulus nie untuk menaip bLog huhuu .. sibOk sangat la sekarang sebab tempat praktikal cik fifiey sedang memproses atau key in nama-nama ASNAF *orang-orang susah .. ke dalam sistem untuk mereka mendapatkan baucer bantuan tahunan (HARI RAYA) .. faham x ?? 

Sedari sedara ..kenapa ntah cik fifiey layan perasaan tadi dan terfikir dalam hOtak nie ?? perempuan nie senang nak masuk syurga dan senang nak masuk neraka kan ... takutnya  ya rabb ... ingin tahu bagaimana mudahnya perempuan itu masuk syurga ... cik fifiey ada something untuk korang baca ..

:::: WANITA SYURGA:::

Cantik
- NAFSU menyatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL menyatakan wanita cantik pada keilmuannya dan kepandaiannya, HATI menyatakan wanita cantik pada akhlaknya.

Berpegang pada agama
- Dikahwini wanita itu 4 perkara. Kecantikan, Hartanya, Keturunan, Agamanya... *pilihlah yang lebih beragama.

cantiknyaa .... saja letak untuk korang !!

Tidak mempamerkan keseksiannya
- Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya bertelanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggang -lenggok tubuhnya, yang kepalanya tidak ditutupi apa-apa tudung, dan mereka ini tidak akan memasuki syurga... ( HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Sejuk mata memandang
- Bersopan santun, sentiasa memaniskan muka, sentiasa tersenyum, menutup aurat,ramah dan mesra dan menunduk kepala.

Canggih
- Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita islam yang baik --> berakhlak mulia dan menutup aurat.

Mempunyai 'body language' yang baik
- Maksudnya adalah cara percakapan, kawal diri dihadapan orang ramai dan sebagainya..


oke lah .. rasanya cukup sekadar renungan untuk semua .. semoga korang terhibur .. if ada salah or silap maapkan yek !!!

Terima kasih , sudi bace !! sayang korang ,,

Monday 9 April 2012

mulianya sifat pemaaf

Assalamualaikum

 Cik fifiey mulakan dengan sepotong ayat ALLAH yang berfirman :

"Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan" (Surah Ali-Imran,ayat 134)

Mulianya sifat ini, so cik fifiey nak terangkan kepada korang maksud pemaaf* amek kt google jew huhuhuhu . Maksudnya adalah sikap suka memberi maaf terhadap kesalahan orang lain tanpa ada sedikit pun rasa benci dan dendam dihati. 

sesiapa yang bersifat pemaaf nie adalah golongan yang berjaya menahan nafsu amarahnye .. maksudnye tu nafsu marah tu  terhadap orang lain tanpa ada rasa dendam dan rasa sakit hati uh !!.. *aish sume tu dari syaitan yang bertanduk la ..  



macamna mukaddimah cik fifiey ... moga korang amik pengajaran yek .. tanpa membuang masa cik fifiey nak share dengan korang semua satu cite lawak ^^v moga terhibur ..
v
v
v
Satu pagi yang damai, Ajoi yang terkantoi datang lewat ke sekolah kena soal oleh guru disiplinnya(cik meon).

Cikgu Meon: kamu ni selalu lambat ke sekolah kenapa ??

Ajoi: saya bangun lambat Cikgu.

Cikgu Meon: kenapa bangun lambat ?

Ajoi: saya tidur tengah malam cikgu.

Cikgu Meon: kenapa kamu selalu tidur tengah malam ?

Ajoi: sebenarnya saya lambat pulang dari sekolah kebelakangan ini Cikgu.

Cikgu Meon: kenapa pulak kamu lambat pulang dari sekolah kebelakangan ini ?

Ajoi: kena denda di sek0lah Cikgu.

Cikgu Meon: kenapa kena denda??

Ajoi: kerana saya datang lambat ke sekolah Cikgu 

Cikgu Meon: ........$%#&#$%^^^^v

 thanks sudi bace !! sayang korang


penat mencari

Assalamualaikum
korang apa khabar .. cik fifiey sentiasa doakan sihat selalu ,, actually cik fifiey siang malam mencari header yang sesuai dengan jiwa cik fifiey hu3 .. cari dan terus mencari akhirnya dapat juga ideanye ... bukan ciplak tau .. cik fifiey wat rujukan jewp ~ idea sendiri .. thanks ya .. yang update gambar-gambar yang cumil macam cik fifiey waaaa *perasan sangat tu ..

if yang terbaca entry cik fifiey boleh la sumbang idea pada cik fifiey ye ... tema warna purple lembut if ada pink sikit-sikit pom oke ^^ .. then corak plak xmo serabai-serabai .. nak corak kecik kecik jewp ~ hoii demandnye makcik fifiey nie .. opss !!!

nak edit sendiri bertahun-tahun kot x siap .. hahahah ~ kepakaran dalam bidang itu ngak ada dong ^^ so cik fifiey mencari jalan suruh sedara yang begitu baik hati untuk menceriakan dan memantapkan lagi bLOg cik fifiey nie ...

bLog sekarang nie bukan x cantik .. cuma jiwa cik fifiey nak yang ceria and comeL ^^v peace !!!

nie antara Konsep or Sample header yang cik fifiey nak >,<


 korang tgk .. background tu cik fifiey nak soft purple pastu pic kartun muslimah weee ~



weee ~ comelnye ... pic nh xmo besar gedabak !!! nak sederhana jewp ~ letak tepi sekali ~





korang nampak yang tulisan samarinda (samar-samar)  uh ?? nak macam tu lew hu3 ..
nice cangat-cangat