Thursday 29 November 2012

My Konvokesyen 'USIM'

Assalamualaikum ...
tudiaa siap melambung topi nih !!

Readers kuh sekalian alam .. korang apa khabar ?? Cik fifi kembali to say Alhamdulilah coz cik fifi dah tamatkan pengajian for degree megree yang selama 4 tahun bertubi-tubi perjuangan yang semanis gula ini. Lega rasanya interview keje selesai, study selesai and kawen je belum selesai lagi, ramai yang bertanya-tanya naik rimas dengan persoalan ??
 'Bila ko nak nikah'
 'Bila nak kawen cek oii'
 'Boypren dah ada so cepat-cepat la nikah'

nak amek !! nie lah jantung hati cik fifi !!

 Aduihh naik serabut serabai kepala hotak ni !! Memikirkan masalah perkahwinan hahahahah , kita ignore jap bab kawen kawen nh .. kita kembali untuk hari Konvokesyen cik fifi yek, Tanggal 24 November 2012 Pukul 5 pagi cik fifi bangun bila semua manusia sedang tidur, semangat konvo katakan, gila x seronok.. so family cik fifi pon kalut malut macam cik fifi nak nikah jewp,, so hari bahagia semua semangat.

Ya Allah kau saja yang tahu 120k/j cik fifi pecuttttttt dengan hujan rahmat yang membasahi bumi puchong---> salak tinggi ---> dan selamat sampai ke bumi belajarkuh !! NILAI hehehehe

Thursday 8 November 2012

-Aku dan Bowling

Assalamualaikum

Nite reader ,jum la bace entry cik fifi sebelum tidur tu meh laaaaa (6 harkat), petang tadi selepas kemas rumah, basuh kain, sidai kain bagai cik fifi terus pengsan sampai la pukul 5 petang sedar-sedar kepala hotak pusing-pusing dan terus teringat nak solat asar kalau tidak nak pengsan kali kedua hikhik. So teringin pulak nak share dengan u all kenangan cik fifi dengan bowling pada tahun ini.

Last week cik fifi bersama-sama dengan my cool aunty ke IOI mall lebih kurang shoping complex la *memang shoping complex pon ngeeee , my aunty cik fifi la ajak main bowling dengan kawan dia 'kak yati and kak ina' so kami pon merempit naik Waja silver walaupun hujaan turun dengan lajunya wow semangat tetap ada, semangat kot sebab namploh tahun dah cik fifi tinggalkan dunia bowling nie. 

Tengok u all cik fifi pakai simple je sebab simple tu simple la, selesa tutup aurat Noted, nak tahu tak yang jaga kaunter bowling nie, muka macam telor yang dah busuk tu tak mesra langsung apatah lagi nak pandang . Patut tak mesra tak pandang cik fifi kat situ rupanya dia tu aww, atas sebab cik fifi mempunyai sifat perkemanusian dan keinsanan cik telur busuk tu dimaafkan serta merta. *masa tu penuh sangat manusia yang main bowling nh so kami hold dlam 15 minit.


Semua sekali Rm64.50 kami main 4 orang for 3 round hehehehe. Start game yang pertama bola kami masuk  longkang je *buat muka seposen je walaupun ramai yang usha kami main'pe usha2 aish hahaha tapi second game kami dah power strike strok strik semua kami hentam sampai bergegar bangunan shoping complex nie ha.. Butheway kami enjoy sampai lebam biji mata nie .. Lusa cik fifi and the geng my aunty sekali lagi menggegarkan bowling at IOI Puchong. Jum ramai-ramai ^^ dan kat bawak tu cik fifi bagi korang tengok pic yang dikatakan pemain hebat abad ini hahaha.


Thanks sudi terjah bLog kite ini ^^



Monday 5 November 2012

-Bersua Kembali-

Assalamualaikum

Pembaca budiman lagi cendiakawan cendawan sekalian, thanks sudi ziarah entry cik fifi walaupun sebulan sekali cik fifi entry, jari jemari yang comel nh tetap nak menulis untuk korang. Alhamdulilah 2 nov yang lalu cik fifi genaplah 34 hari cik fifi berkhidmat di Sekolah Menengah Putra Perdana, Puchong, pengalaman yang cukup bermakna paling meletOp abad ini *meletop ke.



peace .. trademark budak-budak comel cik fifi nie


Anak-anak murid cik fifi nh sporting blakee, pantang cik fifi free ajak berborak bagai, kononnye sedih cikgu x mengajar di sekolah tu lagi, just guru ganti je, 2 3 hari lagi nak cuti sekolah kalut la bebudak nak bergambar dengan cikgunye ^^ smile ... bergambar sampai lenguh muka yang comel ini *perasan la sorang-sorang.


hamek kau !! cikgu pon nak peace jugak ~

Itu ini sana sini atas bawah depan belakang adalah pengalaman cik fifi sebagai Guru kepada murid-murid Sekolah Menengah, sebelum tu cik fifi rasa tak percaya dan tak yakin nak mengajar di Sek Men nie .. Sebelum nie cik fifi mengajar murid-murid Sek Ren je, kali ini cabaran yang betul2 mengajar Erti Seorang Guru. Nak tahu sifat seorang guru mesti ada sifat Sabar Tabah Tegas Berdisiplin Cekap Amanah Bijak jangan lembab ye .. Bukan student yang mengontrol kite .. Tapi kite yang mengontrol student ..

Yang pakai baju kurung hijau tu MY bff, dia pun bekerja di sekolah yang sama, dari zaman sekolah kitorang sampai la suku abad nh tetap bersama, kawen je tak sama *perlu ke cakap macam tuh !!
v
v
Gembira sama-sama, sedih sama-sama, kena kutuk sama-sama, kena marah pun sama-sama means Everything kami tetap bersama...



Cik fifi rasa bertuah dan bangga * hidung dah kembang tuh !! kebetulan sekolah tersebut buat event HI-TEA dan  ANUGERAH guru ... memang meletop la.. nak tahu meletop ke tidak korang jangan lupa saksikan entry cik fifi yang mana cik fifi akan ceritakan keadaan disana *tunggu cik fifi entry pleaseeeess 



Tengkiuu sudi bace !! love u all