Monday 23 April 2012

IDAMAN MALAYA !!!

Assalamualaikum ...

Rasanya nak dekat sebulan cik fifiey merehatkan jari - jemari mulus nie untuk menaip bLog huhuu .. sibOk sangat la sekarang sebab tempat praktikal cik fifiey sedang memproses atau key in nama-nama ASNAF *orang-orang susah .. ke dalam sistem untuk mereka mendapatkan baucer bantuan tahunan (HARI RAYA) .. faham x ?? 

Sedari sedara ..kenapa ntah cik fifiey layan perasaan tadi dan terfikir dalam hOtak nie ?? perempuan nie senang nak masuk syurga dan senang nak masuk neraka kan ... takutnya  ya rabb ... ingin tahu bagaimana mudahnya perempuan itu masuk syurga ... cik fifiey ada something untuk korang baca ..

:::: WANITA SYURGA:::

Cantik
- NAFSU menyatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL menyatakan wanita cantik pada keilmuannya dan kepandaiannya, HATI menyatakan wanita cantik pada akhlaknya.

Berpegang pada agama
- Dikahwini wanita itu 4 perkara. Kecantikan, Hartanya, Keturunan, Agamanya... *pilihlah yang lebih beragama.

cantiknyaa .... saja letak untuk korang !!

Tidak mempamerkan keseksiannya
- Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya bertelanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggang -lenggok tubuhnya, yang kepalanya tidak ditutupi apa-apa tudung, dan mereka ini tidak akan memasuki syurga... ( HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Sejuk mata memandang
- Bersopan santun, sentiasa memaniskan muka, sentiasa tersenyum, menutup aurat,ramah dan mesra dan menunduk kepala.

Canggih
- Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita islam yang baik --> berakhlak mulia dan menutup aurat.

Mempunyai 'body language' yang baik
- Maksudnya adalah cara percakapan, kawal diri dihadapan orang ramai dan sebagainya..


oke lah .. rasanya cukup sekadar renungan untuk semua .. semoga korang terhibur .. if ada salah or silap maapkan yek !!!

Terima kasih , sudi bace !! sayang korang ,,

2 comments:

  1. aduh..ingin sekali memiliki perempuan seperti itu.tetapi amatlah payah hendak mencari.tetapi Jay harapkan andai jodoh Jay bukan seperti itu,Jay akan cuba bimbingnya menuju ke syurga jannah insyaallah..

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH jay .... lelaki yang baik untuk perempuan yang baik ... >,<

    ReplyDelete