Thursday 31 May 2012

Ikhlas

Assalamualaikum my readers ! 

Lamenya rasa jari jemari tidak menaip bLog yang makin pudar ditiup masa, cepatnya berlalu sehingga la cik fifiey selesai menamatkan tesis yang hampir nambolan lebih untuk disiapkan, dengan harapan korang doakan ye yang terbaik buat cik fifiey, bukan sifat malas sejak azali tetapi saja buat-buat malas, jangan tiru sifat yang Nabi tidak suka ye.

Tarikh last Encik Prof check tesis jatuh pada tarikh 6 Jun 2012, wuaa rasa sedih sebak hati yang berbentuk Love nie, hari tu tarikh sepupu kesayangan cik fifiey berNikah, sape tak sedih kan, pagi tu cepat-cepat hantar tesis pastu, dengan kelajuan maximum cik fifiey bergegas ke Hentian Kajang pulang ke Alor Star... 

Ya Allah, moga perancangan cik fifiey dipermudahkan ye, sekarang cik fifiey stay rumah Bff hidayah vs atiqah, best la dapat sahabat macam diorang nie, masak untuk cik fifiey, bagi pinjam kereta untuk cik fifiey berulang alik ke Usim jumpe Prof dan macam-macam lagi lah... besarnye pengorbanan pelajar universiti nie ye,,

Malam tu Bff cik fifiey bawa jenjalan di Uptown, pergghh ramai sangat penjual berbanding pembeli, xpe mereka mencari rezeki yang halal kan, so x kisahlah ape pon mereka janji rock. Kami masih berjalan dan menjamu mata saje nak beli something ape ya nak wat memori selama cik fifiey berada di bangi urmm berjalan dan terus berjalan 2 pusingan, Akhirnya cik fifiey terpandang bantal-bantal peluk murah-murah, so tanpa berfikir pendek cik fifiey nak dolphin merah tapi dah koyak, ape la akak nie jual barang koyak, dush dush !! kepala tu kang menipu customer cukup pandai, naseb bek la cik fifiey dengan Bff raba-raba seluruh badan dolphin uh sebelum bayar.

Disini cik fiifey banyak belajar pengorbanan menjadi student !! selama cik fifiey belajar 4 Tahun di Universiti Sains Islam Malaysia,, banyak kenangan dan Ujian yang cik fifiey tempohi.. Hidup nie if tak de kenangan Ibarat Pohon xde Daun an an .. *pepatah sendiri jewp ~  dOakan lagi cik fifiey dapat konvo hujung tahun ini yek !!

Kejutan buat korang...

Insyaallah kalau takde pape aral melintang cik fifiey akak Bertunang dengan Putera Idaman cik fiifey sendiri Moga Dipermudahkan ye--> If kamu nak tahu cerita selanjutnye Ikuti bLog cik fifiey ye, rajin-rajin la singgah dan kejutan demi kejutan cik fifiey akan entry di blog yang comel lagi ceria ni,,,

Jumpa dientry seterusnya !! sayang u all

Tuesday 22 May 2012

Tak ku Sangka

Assalamualaikum 

Cik fifiey gembira malam ni dengan ditemani nyamuk-nyamuk yang sering menyibuk x kira tempat, lama rasa x hapdate blog nie kan ,, sekadar tatapan korang semua, cik fifiey nak berkongsi cerita masa cik fifiey tingkatan satu, ye la masa tu wajah kanak-kanak yang suci tanpa dosa, berhingus plak tu, uiii nak kata comel tu ntah la,,, perasan je lebih...

So cik fifiey ade seorang kawan baik masa tu tingkatan satu la, sumpah kamcing sangat, ape-ape berdua, berkongsi air mata , pelajaran sudah semestinya la,,, cik fifiey penah tido rumah dia dan dia pernah tido rumah cik fifiey,, 

Yang sedihnya...
Member cik fifiey tu kuar dari sekolah tu awal dan cik fifiey plak setakat tingkatan satu je la,, so kami lost contact terus .. tapi cik fifiey dan member cik fifiey x pernah lupa tau ,,, finally cik fifiey dapat num contact dia rindu sangat-sangat kt dia---> https://www.facebook.com/hannane.fadzil .. kebetulan adik cik fifiey satu sekolah dengan member cik fifiey nie .. 

 Sekian dulu dan cik fifiey nak mimpi indah-indah la malam nie ,,, oke jumpe lagi ,, 
Thanks sudi bace !! sayang korang 


Monday 14 May 2012

Sebak Seketika

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, cik fifiey rasa , cik fifiey orang pertama yang gembira teramat sangat-sangat kerana dapat hadir Hari Pernikahan bff Cik Eva Danial, beliau seorang bff cik fifiey yang paling cute lah ^^ dan seorang yang tabah dan kuat sehingga la hari beliau bergelar seorang isteri kepada --> Aizat Amier.. Tahniah both of you..

Cik fifiey bertuah sangat sebab dapat datang awal,, actually 13 Mei pernikahan bff cik fifiey,, tapi disebabkan sayang sangat.. cik fifiey datang 11 Mei huhuhu,, awal x?? Ye la cik fifiey dah cuti time tu so x salah pon datang awal,, yang seronoknye dapat jenjalan kawasan Ipoh, terbaik la family Cik Eva nie.. 

Kami ke AEON{jusco} shoping complex nie baru jew siap,, sumpah best gilerr ,, if x caya datang la sendiri,, sebijik macam Mid Valley nak cari barang berjenama sume ada .. yang duduk area Utara x payah la terhegeh-hegeh panjat Mid ke Time Square bagai,, kt Ipoh pon ada la huhuhu ~ kagum sekejap.. nak tgk wayang ngn pakwe ke family ke pon boleh,, dekat sangat dengan rumah Cik Eva kite.. Ipoh memang maju la sumpah cik fifiey kata nie !!

                                                                    Hati gembira dan terharu bila..
Kitorang terlalu gembira sampai x sempat nak capture picture bebanyak.. cuma kenangan yang mengingatkan cik fifiey,, seronok seronok ,,, hepy hepy.. sampai x mampu nak berkata.. Ibu Ayah cik eva sangat baik,, diorang layan cik fifiey as anak betul tau,, dan cik fifiey dilantik sebagai Anak Angkat (T__T) terharu hati nie dan menangis sensorang dalam hati,, adik-adik cik eva sumenye baik dengan Cik fifiey,, yang bongsu adik Huda,yang gumukk + comel dan petah bercakap,, dia panggil Cik Fifiey 'kakak comel' hah !! perasan dan kembang jugak time tu,,


Detik bahagia Cik Eva..
Lepas zuhur kitorang ke masjid,, bertuah tau sebab Masjid tu dekat dengan rumah tambah pula masjid tu baru cantik dan bersih,, Alhamdulilah Cik Eva dah sah bergelar isteri ,, time tu semua orang gembira dan sibuk la mengambil gambar pasangan pengantin nie.. Cik fifiey lagi la dengan camera barunye tu,, macam dia je ada camera.




Selesai sesi bergambar kitorang makan-makan,,,Thanks Ayah Danial sebab belanjakan tiket ke Sungai Petani, tiketnye pukul 4.30petang,, dan Thanks sangat Cik Eva dan suaminye Aizat Amier la yang hantar ke stesen Medan Gopeng,, terharunye.. masa tu entah Kenapa air mata nie mengalir laju,, sebak sangat-sangat hanya Tuhan je tahu.. Mungkin ini lah dikatakan Sahabat Sejati till Jannah kan.. 

Jari nie dah penat !! time to Lunch bye bye !! Thanks sudi bace .. sayang korang


Wednesday 9 May 2012

-Tips: Mengantuk

Bestnya jadi baby,boleh tido sentiasa

Assalamualaikum 

Lagi setengah jam cik fifiey nak tunggu jam 5, fedup benggang rasa nak makan orang pom ada. Kenapa hati nie rasa x senang je, pusing kiri pusing kanan aishh kalau pejabat ni cik fifiey yang punya, cik fifiey suruh anak-anak buah berkumpul dan pasang lagu Poco Poco dan kita menari wah !! best sangat hilangkan rasa Mengantuk di hati tak siapa yang tahu .. important thingss kita dapat exercise. 1 2 3 ... guys poco poco !!! come on ..

Mengadap je bLog cik fifiey yang ohsem nie.. cik fifiey mula gatai tangan dan luah isi jantung hati untuk korang semua,, thanks yang sudi bace korang memang ohsem like bLog cik fifiey yuhuuu, semestinya mengantuk nie tetap menguasai cik fifiey, adakah ini angkara Iblis LaknatuLLah !! Astagfirullahalhazim,, cik fifiey cuba dan terus mencuba untuk mencari Apakah Petua Yang Paling Cun untuk mengatasi mengantuk tahap kritikal yang xde sesiapa dapat lawan.

Mula la cik fifiey mulakan perjalanan menjelajahi seluruh pejabat, semua pandang cik fifiey tapi muka tetap control dan terus menjelajah untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. selesai thowaf 2 pusingan cik fifiey kembali ke tempat asal dan duduk diam tanpa kata, ish ish tetap xde perubahan -__- macam nak cari bantal dan tido dengan amannya.... tingat bantal bucuk dirumah^^

Tetiba fikiran cik fifiey teringat satu program masa tu cik fifiey muda lagi muka pun licin tanpa Jerawat yang gatal nak tumbuh nie !!
Tipsnya Adalah ...

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1. 1 orang insan yang mengantuk. insan yang mengantuk ini perlu ada sekurang-kurangnya
* 1 batang tangan
2. 1 orang insan yang sejantina dengan bahan 1.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Tidak perlu ke mana-mana, tempatkan dua orang ditempat korang,,, jangan membelakangi.
2. Letakkan tapak tangan bahan 1 ke bahu bahan 2. Urut dengan kadar kelajuan yang sesuai. Sentiasa berwaspada bahawa ikhlas adalah elemen yang penting untuk menjayakan tips ini.
3. Beralih ke bahu sebelah lagi (kanan atau kiri) jika mampu dan urut dengan semangat pejuang perang Khandak. Sentiasa beringat bahawa yang diurut adalah bahu, bukan batu-batu disekitar Madinah.
3. Sekiranya bahan 1 sudah segar, segeralah beralih peranan. Simbiosis!!
4. Amalkan dimana-mana (yang rasional). Tempat Keje, Dewan Kuliah, ketika Qiamulail bersama-sama.

JANGAN !!

* Cik fifiey tidak galakkan korang cuba ketika khutbah Jumaat. Ketika khutbah Jumaat, kita dilarang bercakap-cakap, malah dilarang menyuruh orang lain berhenti bercakap-cakap. Aku fikir, ada kemungkinan mencuit atau mengurut kawan mampu mengurangkan/ menghilang pahala Jumaat. ( untuk lelaki sahaja)

Thanks korang!! love u 


Monday 7 May 2012

-Cewi sangat

Assalamualaikum 

Semalam, balik keje cik fifiey terus merempit ke kedai kodak depan stesen bas mara, dua pusingan cik fiifey baru dapat parking, menci .. menci susah sangat nak cari kalau p tempat tu, kemain lagi la dengan hidung kembang jalan lenggang lenggok macam tweetywalk.

Ermm akhirnya cik fifiey berjaya memiliki Kamera Digital yang x berapa nak canggih berwarna merah,, wow !! cewi sangat dari semalam sampai la ke office nie.. Bukan nak bangga tapi selama setahun setengah cik fifiey mengidam nak ada kamera sendiri.

taraa... merahnye makngah 

Tahun nie, kamera cik fifiey akan berkhidmat pada pernikahan bff cik fifiey, hari raya dan hari-hari yang tidak rasmi hahahah. Cik fifiey dah serve dalam gambar kat google, memang mantap tahan kritikal cik fifiey tengok,, nafsu ammarah nie ditahan berkali-kali kerana ketiadaan fulus yang beribu-ribu hik hik..



Seronoknya kalau itu kamera cik fifiey kan, insyaallah satu hari nanti cik fifiey akan buktikan pada satu malaya bahawasanya cik fifiey layak memiliki kamera yang canggih dan besar macam badak nie,, ntah la sejak gila dan terlalu obses dengan kamera, cik fifiey rasa cik fifiey patut ada satu kamera untuk menangkap muka cik fifiey yang comel ni,, *haaaaa perasan lebih.

Dibawah nie adalah hasil tangkapan cik fifiey semalam dan pagi tadi, cun jugak la picture nie kan, so sekarang cik fifiey kena jaga dengan baiknya sebab kawan cik fifiey kata rosak je memang susah nak baiki sebab barang-barang kamera mahal.




Macam kamera canggih tak?? Tolong Jangan Perasan Cik Fifiey ^__^ so cik fifiey dah x perlu nak risau 567 jam sebab benda yang diidamkan dah termakbul dah ada depan mata. Sekarang kena jaga dengan baik sebab gajet-gajet cenggini sensitip sangat ... muah muaah cayang dia..

Sekian Teima Kasih !! sayang korang 




Sunday 6 May 2012

-Dosa dan Sakit


Assalamualaikum 

Alhamdulillah segala ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada cik fifiey sudah sembuh cuma mata je masih stim sebelah *dek kerana mengendap orang, semalam doktor yang encem lagi botak itu beri cik fifiey mc sehari  dan lima jenis ubat yang besarnya macam ketul batu dan dua ubat untuk mata yang comel lagi bulat heheehhe...

Allah berfirman: 'Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(daripada perbuatan dosa dan salah) dan (pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan dosa-dosa kamu' - Surah As-syura, ayat 30.


Tahu tak..? Dengan ujian itulah, Allah SWT menetapkan keimanan hmbaNya.. kalau di fikir-fikirkan, indahnya ujian ini kan..?? Dah lah ujian, dapat reward besar lagi... Jadi sekiranya hadir suatu ujian pada kita atau cik fifiey sendiri, janganlah kita menyalahkan takdir sebaliknya bersyukurlah kerana Allah SWT masih lagi ingat akan diri kita dn ingin kita terus berada di atas jalan yang benar .. {hmm.. sangka baik is the key word ! it make u positive everyday ..}

Cik fifiey nak cepat-cepat sembuh sebab pernikahan bff cik fifiey dah nak dekat !!! wuaaaa xkan la nak biarkan bff cik fifiey cun sorang-sorang ,, cik fifiey pon nak cun jugak, baju punya lawa tetiba mata bengkek plak habis spoil mjlis dek kerana mata cik fifiey bengkek, heheheh ..

Korang doakan cik fifiey dan mata cepat sembuh yek !! thanks ya..

Terima kasih sudi bace !! sayang korang





Wednesday 2 May 2012

-Pasti kebabom

Assalamualaikum ♥ 

kemain lagi cik fifiey nak p tengok orang nikah tapi exited sangat cari baju, hehehe bukan ape cik bedah cik joyah oii, pernikahan bff cik fifiey kOt sape x mau cantik-cantik bff punyer la cun kita pon tumpang cun sama la kOt, biar over ke perasan cun ke janji pueh hati yang suci lagi bersih ni ,, bukan BERSIH 3.0 tau .. (~_^")

berfikir lagi ...

baju ape yang sesuai ek .. nak seksi ke x ?? seksi dapat dosa cik fifiey oi, sedar la sikit zaman sekarang macam-macam benda yang terjadi,, hadoii takut plak ,, so pakai pakaian yang menutup urat opss aurat dan sopan sebab nak p tengok orang menikah ,, jangan orang tengok kita plak yang menikah kelas kau jahh !!

so weekend nie mulalah edisi khas mencari baju untuk 13 MEI nanti, sasaran utama tesco jusco coco hahaha ~ cik fifiey nak serve dulu mana paling cantik dan murah betul x ?? ingat nak cari baju kurung moden jewp ,, warna purple sebab bff cik fifiey suke purple heheheh ~ cik fifiey suke pink, motif xde motif pon.

ada berani ,,, sumpah jadi nangka kalau pakai cmni !!


rajin plak hari ini entry sehari 2 kali, cik fifiey makin bersemangat la sebab lappy cik fifiey nie makin manja dan mengada-ngada so nak x nak kena la belai selalu ^^v 

adeh !!! sakit nye anak leher nie mengadap lappy ,, jum cik fifiey nak berjalan-jalan kononnye exersice la , motif nak p kacau orang wat keje yang bajet rajin ,,


p/s : You are Strong & Beautiful cik fifiey <~

Tuesday 1 May 2012

-Aku ada Kau ada

Assalamualaikum 

salam 1 mesia nigeria vietnam london , semalam cik fifiey nan family tercinta menonton perlawanan antara kedah gomoi kelantan tapi nasib menyebelahi kelantan , riuh rendah + jeritan macam pontianak hilang suara lunak cik fifiey semalam.

 finally  kedah memang terbaik walaupun x dapat ke final nanti cik fifiey adakan perlawanan cik fifiey invite pasukan kedah ek .. huhuhu ~ sayang kedah !! time syOk-syok tengok hujan punya la lebat selebat rambut allycat uh .. nasib bek astro cik fifiey ok xde masalah .. hujan pon benti dengan tenang .

start mengayen baju sambil dengar lagu jiwang pe lagi ... 'kain putih yang ku berikan untuk muuuu kini pudar... ' ayah cik fifiey lalu dengan muka suci dalam debu mengerling ke arah cik fifiey yang gedis itu .. cik fifiey terdiam dengan muka selamba biawak cicak kobeng hahaha !!

mata mula stim ....

korang, sebelum tido mesti nak belek-belek handpon kan, gayut r tu wish godnite nan bf ke gf ke, tapi cik fifiey mesti wish nite kt bff cik fifiey, sumpah rindu gile kt dia, sape ??? cik eva la, dy dah engaged nan ejat budak bucuk hehehe jangan marah ejat, 13 mei nie akan nikah wuaaaa *tiyak pai bengkak biji mata, 55 hari cik fifiey terbayangkan cik eva time nikah mesti cun gile an an .. mata bOlat orangnye kecik-kecik hehehe bff cik fifiey memang cun tahap kritikal, kau da ???

tengok bff cik fifiey sebelah kanan sekali ♥ 


Time to break .. cik fifiey doakan bff cik fifiey kekal slamanya with her hubby dia .. cik fifiey bila lagi ???
tunggu yek !!! korang mesti datang if dapat kad wangi dari cik fifiey ek .. tahun depan malam raya kot hahahaha ~ sekian

Terima kasih sudi bace !! sayang korang