Friday 23 August 2013

♥ Don't Forget to smile with WG ♥

Assalamualaikum ...

Rajin plak cik fifiey update Blog memalam bute hahaha, orang kata perempuan suka tengok drama jiwang betul ke ? ermmm bukan semua kot kan , salah sorang yang suka tengok drama cik fifiey sendiri la, dah ada tv tengok je la kan, sambil-sambil cik fifiey tengok Kampung Girl mai nak habaq kat hampa semua rahsia Senyuman menggoda yang Ikhlas teruskan membaca yek !!

cheeeseee ^__^ walaupun xde gigi aku senyum juga ..

"Engkau senyum , ku tersenyum..." Dengan hanya secalit atau sebijik senyuman, ia memberi makna kepada seseorang plus yang kamu sayang betul x ? Senyuman juga dapat memperlihatkan Kecantikan semulajadi tau. So u all kenalah Ikhlaskan diri bila memberi senyuman ye, kerana ia memberi manfaat yang berguna.

 Apa faedahnya......

1. SOLEKAN PALING INDAH
Anda tidak perlu bersusah payah memakai solekan yang tebal. Senyuman adalah solekan paling cantik     dan dapat dilakukan dengan cepat. Kesannya membuatkan wajah lebih cantik. *Cantiknya awak !

2. BADAN LEBIH SIHAT
 Mereka yang sering tersenyum mempunyai kekebalan badan yang lebih baik. Keadaan ini akan mencegah    anda daripada menghadapi tekanan darah tinggi dan serangan jantung. *Takutkan.. so senyum lah !

3. RASA BAHAGIA
Senyuman boleh membuatkan mood anda lebih baik dan merasa bahagia. Ini kerana ketika anda                   tersenyum, otak akan melepaskan hormon endorfin dan serotonin ,, ape tu .. *rujuk miss google keh !!          yang boleh membuatkan seseorang lebih bahagia.

4. MENGURANGKAN STRESS
Wajah akan berubah apabila anda stress dan orang lain tidak akan berani menegur anda. Jika anda stress, cubalah untuk tersenyum dan stress ini akan berkurangan, seterusnya anda akan merasa lebih baik untuk membuat sebarang keputusan.

 Mukaddimah WG 
Krim pencerah ultra yang sungguh berkuasa 10 kali ganda ! Mampu menjadikan wajah anda cerah dan putih berseri dalam masa 3 hari !! kenal pasti masalah kulit dulu ye >,<

Actually cik fifiey tengah berwhats App dengan Usahawan Wonder Glow "one product untuk kesihatan dan kecantikan * rujuk miss google lagi sekali k, cik fifiey dah 2 bulan lebih memakai Set Silver untuk menyerikan wajah Alhamdulilah ^_^ syukur sangat Thank you Allah ...  sempat lagi promosi produk kecintaankuh Wonder Glow ... Senyum lah dengan wonder glow,, InsyaALLAH dah ada modal nanti cik fifiey bakal menjadi agen di Rembau.. doakan ye.

gambar tu kak lina .. dah berjaya dengan WG , baru je text dia td ^_^

ni semua testimoni kak Lina .. terbaik kan ..

Cik fifiey yang sekarang bukan yang dulu ok !

Sekian Thanks sudi baca dan ingat ! 
If berminat WG sila hubungi saya atau whatsapp di 0193708072 .

Senyuman hendaklah diberikan pada tempat dan keadaan yang betul. Jangan senyum yang berlebihan kerana mungkin orang yang tidak mengenali akan anggap kamu 'kurang siuman'.


Monday 19 August 2013

♥ Kembali Bertaut ♥

Assalamualaikum ...

Seriously, bukan niat dihati tak nak entry bLog sampai bila-bila akan tetapi masa sangat mencemburui cik fifiey cewahh ayat macam nak wat karangan Pmr je, so atas permintaan sahabatku yang dah jadi Hot Mama cik Eva Danial memaksa cik fifiey entry bLog yang dah bersawang ini. Tanpa segan silu jari ini telah menaip dengan lajunya hahahah macam orang tak pernah menulis je padahal exam kat maktab untuk subjek Falsafah Pendidikan berhelai-helai sampai kebas kuku dan jari. 

Nak habaq mai nie atas persetujuan kedua-dua belah pihak akhirnya cik fifiey dah jadi tunang kepada Sang Kumbang cik fifiey larh... L.I.M.A tahun kami kenal hati budi masing-masing. Doakan untuk kami hingga jinjang pelamin ye. Ajal Jodoh semua dari Nya, terharu tak ?


Inilah kakak aku yang banyak membantu,
 luv tetah, baru lepas makeup..


Makcik aku yang cool, 
dia orang pertama yang bergambar hik hik ,,


tak pernah terfikir dapat bakal mak mentua yang sporting habis !! 
Syukur ..

Bakal suamiku InsyaALLAH ....

Kring !! tepat pukul 1.40 dah habis waktu sekolah, so tak dapat la nak menaip panjang-panjang sori u all, sebelum tu cik fifiey nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, *jangan lupe posa enam !!

Wednesday 30 January 2013

-Aku vs Guru{Tetap}

Assalamualaikum....

Salam sejahtera dan hello kawan-kawankuh !! hope korang sihat and terkejut tetiba je Aku vs Guru.. Alhamdulilah semua ini rezki Allah, segala yang aku idamkan selama ini tercapai dan sekaligus memenuhi impian IbuAyah dan Impian makhluk-makhluk dimuka bumi ini hehehe {tengok ayat aku dah skema je tetibe kui kui} Nak jadi Guru bukannye Mudah oii !!hampa ingat macam buka kacang ke'kacang je', sape kata Mudah mai habaq kat aku sat...

After graduated Usim.. Sang Kumbang aku yang apply dan buat segala urusan sebab dia mengharapkan aku menjadi seorang Pendidik, cewahhh !! Alhamdulilah dan Syukur sekali lagi aku dapat menjadi Ustazah j-Qaf.. Ape j-Qaf mai aku nak habaq {sila baca perenggan 3 }, sekarang cik fifiey bahasakan diri 'Aku' bukan kurang ajar ke ape ke ?? Sebab munasababnya penggunaan 'Aku' lebih selesa sebagai medan Luahan rasa Puas Hati , Sakit Hati , Berkongsi Ilmu dan sebagainya Yang aku rasa bersesuaian dengan Imej aku sebagai Guru yang digelar Ustazah ^___^


Ha.. korang nak tau ke j-Qaf tu apa ?bukan j-Corp (Johor Corporation) hahaha..  J.Q.A.F ni singkatan dari j=Jawi ,Q=Quran, A=Bahasa Arab dan F=Fardhu Ain... Sebenarnya j-QAF ni dibuat untuk mengatasi masalah keciciran dan buta huruf serta nak memperkukuhkan ilmu Fardhu Ain. dari 2005 sampailah sekarang 2013 dilaksanakan secara rintis dibeberapa buah Sekolah Kebangsaan, Sekolah cina dan Sekolah Tamil. itu serba sedikit yang aku kongsi buat korang semua ,, tengok cm boring je muka baca entry aku ni..

IPG dan Sekolah aku plak kebetulan satu Negeri yakni N9 Darul Khusus, Alhamdulilah dekat dan yang paling penting dekat dengan Sang Kumbangkuh !! yeah yeah !! yela aku nak kawen x lama lagi, harus sangat sangat la dekat dengan Suami kan kan ,, sori la ye terexcited plak, hari ini genaplah sebulan aku menjadi Pelatih di Sk Kota, Rembau dan cikgu-cikgu disini sporting, ceria, muka garang, muka lembik, muka  comel, hensem dan macam-macam ragam yang ada, yang penting aku tetap aku yang menumpang dibumi Negeri Sembilan Darul Khusus..

Lupa aku nak bagitau, aku mengajar subjek BAHASA ARAB DAN AL-QURAN dan aku harapkan dapat memberikan segala ilmu yang berguna pada anak-anak kecilku ini.. ok la aku x boleh lama-lama ni, boring aku dah habis sekarang aku nak sambung keje aku yang x berapa nak ada..

Thanks sudi bace aku punya entry..

Thursday 29 November 2012

My Konvokesyen 'USIM'

Assalamualaikum ...
tudiaa siap melambung topi nih !!

Readers kuh sekalian alam .. korang apa khabar ?? Cik fifi kembali to say Alhamdulilah coz cik fifi dah tamatkan pengajian for degree megree yang selama 4 tahun bertubi-tubi perjuangan yang semanis gula ini. Lega rasanya interview keje selesai, study selesai and kawen je belum selesai lagi, ramai yang bertanya-tanya naik rimas dengan persoalan ??
 'Bila ko nak nikah'
 'Bila nak kawen cek oii'
 'Boypren dah ada so cepat-cepat la nikah'

nak amek !! nie lah jantung hati cik fifi !!

 Aduihh naik serabut serabai kepala hotak ni !! Memikirkan masalah perkahwinan hahahahah , kita ignore jap bab kawen kawen nh .. kita kembali untuk hari Konvokesyen cik fifi yek, Tanggal 24 November 2012 Pukul 5 pagi cik fifi bangun bila semua manusia sedang tidur, semangat konvo katakan, gila x seronok.. so family cik fifi pon kalut malut macam cik fifi nak nikah jewp,, so hari bahagia semua semangat.

Ya Allah kau saja yang tahu 120k/j cik fifi pecuttttttt dengan hujan rahmat yang membasahi bumi puchong---> salak tinggi ---> dan selamat sampai ke bumi belajarkuh !! NILAI hehehehe

Thursday 8 November 2012

-Aku dan Bowling

Assalamualaikum

Nite reader ,jum la bace entry cik fifi sebelum tidur tu meh laaaaa (6 harkat), petang tadi selepas kemas rumah, basuh kain, sidai kain bagai cik fifi terus pengsan sampai la pukul 5 petang sedar-sedar kepala hotak pusing-pusing dan terus teringat nak solat asar kalau tidak nak pengsan kali kedua hikhik. So teringin pulak nak share dengan u all kenangan cik fifi dengan bowling pada tahun ini.

Last week cik fifi bersama-sama dengan my cool aunty ke IOI mall lebih kurang shoping complex la *memang shoping complex pon ngeeee , my aunty cik fifi la ajak main bowling dengan kawan dia 'kak yati and kak ina' so kami pon merempit naik Waja silver walaupun hujaan turun dengan lajunya wow semangat tetap ada, semangat kot sebab namploh tahun dah cik fifi tinggalkan dunia bowling nie. 

Tengok u all cik fifi pakai simple je sebab simple tu simple la, selesa tutup aurat Noted, nak tahu tak yang jaga kaunter bowling nie, muka macam telor yang dah busuk tu tak mesra langsung apatah lagi nak pandang . Patut tak mesra tak pandang cik fifi kat situ rupanya dia tu aww, atas sebab cik fifi mempunyai sifat perkemanusian dan keinsanan cik telur busuk tu dimaafkan serta merta. *masa tu penuh sangat manusia yang main bowling nh so kami hold dlam 15 minit.


Semua sekali Rm64.50 kami main 4 orang for 3 round hehehehe. Start game yang pertama bola kami masuk  longkang je *buat muka seposen je walaupun ramai yang usha kami main'pe usha2 aish hahaha tapi second game kami dah power strike strok strik semua kami hentam sampai bergegar bangunan shoping complex nie ha.. Butheway kami enjoy sampai lebam biji mata nie .. Lusa cik fifi and the geng my aunty sekali lagi menggegarkan bowling at IOI Puchong. Jum ramai-ramai ^^ dan kat bawak tu cik fifi bagi korang tengok pic yang dikatakan pemain hebat abad ini hahaha.


Thanks sudi terjah bLog kite ini ^^



Monday 5 November 2012

-Bersua Kembali-

Assalamualaikum

Pembaca budiman lagi cendiakawan cendawan sekalian, thanks sudi ziarah entry cik fifi walaupun sebulan sekali cik fifi entry, jari jemari yang comel nh tetap nak menulis untuk korang. Alhamdulilah 2 nov yang lalu cik fifi genaplah 34 hari cik fifi berkhidmat di Sekolah Menengah Putra Perdana, Puchong, pengalaman yang cukup bermakna paling meletOp abad ini *meletop ke.



peace .. trademark budak-budak comel cik fifi nie


Anak-anak murid cik fifi nh sporting blakee, pantang cik fifi free ajak berborak bagai, kononnye sedih cikgu x mengajar di sekolah tu lagi, just guru ganti je, 2 3 hari lagi nak cuti sekolah kalut la bebudak nak bergambar dengan cikgunye ^^ smile ... bergambar sampai lenguh muka yang comel ini *perasan la sorang-sorang.


hamek kau !! cikgu pon nak peace jugak ~

Itu ini sana sini atas bawah depan belakang adalah pengalaman cik fifi sebagai Guru kepada murid-murid Sekolah Menengah, sebelum tu cik fifi rasa tak percaya dan tak yakin nak mengajar di Sek Men nie .. Sebelum nie cik fifi mengajar murid-murid Sek Ren je, kali ini cabaran yang betul2 mengajar Erti Seorang Guru. Nak tahu sifat seorang guru mesti ada sifat Sabar Tabah Tegas Berdisiplin Cekap Amanah Bijak jangan lembab ye .. Bukan student yang mengontrol kite .. Tapi kite yang mengontrol student ..

Yang pakai baju kurung hijau tu MY bff, dia pun bekerja di sekolah yang sama, dari zaman sekolah kitorang sampai la suku abad nh tetap bersama, kawen je tak sama *perlu ke cakap macam tuh !!
v
v
Gembira sama-sama, sedih sama-sama, kena kutuk sama-sama, kena marah pun sama-sama means Everything kami tetap bersama...



Cik fifi rasa bertuah dan bangga * hidung dah kembang tuh !! kebetulan sekolah tersebut buat event HI-TEA dan  ANUGERAH guru ... memang meletop la.. nak tahu meletop ke tidak korang jangan lupa saksikan entry cik fifi yang mana cik fifi akan ceritakan keadaan disana *tunggu cik fifi entry pleaseeeess 



Tengkiuu sudi bace !! love u all



Friday 28 September 2012

-Ustazah vs Cikgu-

Asslamualaikum .. pembace kuh yang setia !!

Kali nie cik fiey nak berkongsi ngn u all tentang kehidupan cik fiey setelah bergelar pendidik nie. Bermula 13 September 2012 sehingga sekarang cik fiey berkhidmat sebagai Guru Bersalin for 3 month, rasanye x sampai pun 3 month coz cmne ntah pihak sekolah nh kira.

Lantak lah berapa bulan pihak sekolah nak bagi cik fiey berkhidmat, yang penting cik fiey nak jadi pendidik yang ikhlas mencurah ilmu untuk anak-anak bangsa kite. 3 weeks ago cik fiey berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana at Puchong, dan cik fiey mengajar subjek agama 'PENDIDIKAN ISLAM'. Alhamdulilah cik fiey nie bukannye pandai sangat cuma kita manfaatkan apa yang pernah belajar 5 tahun yang lalu heheheh syukur dapat jugak job walaupun lagi sebulan nak cuti sekolah.

Ni Logo SMK PUTRA PERDANA
v
V

MISI:
untuk Memberikan Pendidikan Kepada Generasi Muda Melalui Pengurusan Pendidikan Berkualiti bagi Melahirkan Isan Mulia berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

VISI:
SMKPP akan menjadi sekolah cemerlang di negeri Selangor menjelang tahun 2015

Oke, u all mesti nak tahu kan macamne cik fiey mengajar budak-budak Tingkatan 3 and Tingkatan 4, before cik fiey masuk kelas diorang cik fiey akan menelaah apa yang perlu cik fiey mengajar nanti so for your information, bukan senang tau nak jadi pendidik nh, "Fizikal Mental Ketahanan Diri Kesabaran Kesungguhan dan Control Ayu" semasa mengajar perlu ada pada setiap orang guru lebih lebih lagi guru Muda yang lama baru menamatkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia.

Tuan Puan Dato Datin dahku ...

Tibanye tarikh 13 September 2012 tu, cik fiey seorang diri memberanikan diri dan buat buat tak malu menuju di Pejabat melaporkan diri huh !! Penolong Kanan Sekolah tu terus bagi jadual dan suruh cik fiey masuk kelas dan mengajar. Memang gelabah lah time tu. Tapi tak pe, cik fiey dah wat persediaan walau apa pun terjadi Alhamdulilah...

Yang menyebabkan cik fiey nie busy seolah-olah Perdana Menteri pulakkan ^__^  guru yang cik fiey ganti nie adalah Guru Kelas 3 Alamanda huhuhu so cik fiey terlalu banyak kerja contohnya Every day mesti ambil Kehadiran Student Kelas 3 Alamanda, Buku Ringkasan Mengajar {sentiasa complete huhu} setiap minggu kena siapkan dan Puan Hadarah akan tengok dan T.Tangan diikuti cop. Akhir sekali cik fiey kena key in 40 orang untuk kelas 3 Alamanda dalam sistem. Kerja tu cik fiey akan dibantu oleh Kak Lydiawati so nice la akak nh .. baik sangat dengan cik fiey tau, time budak exam nanti InsyaALLAH cik fiey akan siapkan !!

Abaikan yang dibelakang cik fifey tuh !! hehehe gimik semata-mata 

Apa gelagat budak-budak sekolah nie .. nantikan entry seterusnya dari cik fiey .. Thanks u all sudi membace entry cik fiey ..