Saturday 28 April 2012

-Sabar itu Indah



Sabar itu indah kerana ia adalah bunga-bungaan dari keimanan kita yang sebenar. Kelopaknya diwarnai dengan ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa...

"Dan jika kamu bersabar dan bertaqwa,nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu" (Surah li-Imran ayat 120) 

Terima kasih sudi bace !! sayang korang


super star !!

Asssalamualaikum ...

Alhamdulilah cik fifiey gembira sangat-sangat ... hampir 2 minggu cik fifiey tahan punyer tahan, da banyak orang cik fifiey hebohkan arghhh malunya,, thanks yek .. yang penat mencari link untuk cik fifiey nie ,,  akhirnya bLog hak milik cik fifiey yang comel lote uh dah bertukar menjadi bLog eklusif * cik fifiey puji lebih sebab tu bLog dia :P  --->http://warnawarnicokelat.blogspot.com/ ..

^^v peace !!! begini lah muko kalau hati senang lenang 


versi pink ... tenang je kan ... sesuai sangat for gegurls ^^


Inilah bukti pencarian yang diterima oleh sedara cik fifiey untuk memilih template yang sesuai dengan citarasa cik fifiey ... if korang nak tgk KLIK je kt link nie yek !!! memang semuanya terbaik la sampai nak cari pun susah .. sebab semuanya cantik-cantik belaka ....

sekarang cik fifiey x gaduh nak fikir sampai termimpi-mimpi bagai ,, bila terkenangkan bLog nie ... sekarang boleh fOkuzz praktikal then boleh hapdate sesuko hatikuh !! rasanye .. cik fifiey kena berhenti disini sebab nak mamam sebentar ya ,, 


 Terima kasih sudi bace !! sayang korang









Monday 23 April 2012

IDAMAN MALAYA !!!

Assalamualaikum ...

Rasanya nak dekat sebulan cik fifiey merehatkan jari - jemari mulus nie untuk menaip bLog huhuu .. sibOk sangat la sekarang sebab tempat praktikal cik fifiey sedang memproses atau key in nama-nama ASNAF *orang-orang susah .. ke dalam sistem untuk mereka mendapatkan baucer bantuan tahunan (HARI RAYA) .. faham x ?? 

Sedari sedara ..kenapa ntah cik fifiey layan perasaan tadi dan terfikir dalam hOtak nie ?? perempuan nie senang nak masuk syurga dan senang nak masuk neraka kan ... takutnya  ya rabb ... ingin tahu bagaimana mudahnya perempuan itu masuk syurga ... cik fifiey ada something untuk korang baca ..

:::: WANITA SYURGA:::

Cantik
- NAFSU menyatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL menyatakan wanita cantik pada keilmuannya dan kepandaiannya, HATI menyatakan wanita cantik pada akhlaknya.

Berpegang pada agama
- Dikahwini wanita itu 4 perkara. Kecantikan, Hartanya, Keturunan, Agamanya... *pilihlah yang lebih beragama.

cantiknyaa .... saja letak untuk korang !!

Tidak mempamerkan keseksiannya
- Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya bertelanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggang -lenggok tubuhnya, yang kepalanya tidak ditutupi apa-apa tudung, dan mereka ini tidak akan memasuki syurga... ( HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Sejuk mata memandang
- Bersopan santun, sentiasa memaniskan muka, sentiasa tersenyum, menutup aurat,ramah dan mesra dan menunduk kepala.

Canggih
- Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita islam yang baik --> berakhlak mulia dan menutup aurat.

Mempunyai 'body language' yang baik
- Maksudnya adalah cara percakapan, kawal diri dihadapan orang ramai dan sebagainya..


oke lah .. rasanya cukup sekadar renungan untuk semua .. semoga korang terhibur .. if ada salah or silap maapkan yek !!!

Terima kasih , sudi bace !! sayang korang ,,

Monday 9 April 2012

mulianya sifat pemaaf

Assalamualaikum

 Cik fifiey mulakan dengan sepotong ayat ALLAH yang berfirman :

"Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan" (Surah Ali-Imran,ayat 134)

Mulianya sifat ini, so cik fifiey nak terangkan kepada korang maksud pemaaf* amek kt google jew huhuhuhu . Maksudnya adalah sikap suka memberi maaf terhadap kesalahan orang lain tanpa ada sedikit pun rasa benci dan dendam dihati. 

sesiapa yang bersifat pemaaf nie adalah golongan yang berjaya menahan nafsu amarahnye .. maksudnye tu nafsu marah tu  terhadap orang lain tanpa ada rasa dendam dan rasa sakit hati uh !!.. *aish sume tu dari syaitan yang bertanduk la ..  



macamna mukaddimah cik fifiey ... moga korang amik pengajaran yek .. tanpa membuang masa cik fifiey nak share dengan korang semua satu cite lawak ^^v moga terhibur ..
v
v
v
Satu pagi yang damai, Ajoi yang terkantoi datang lewat ke sekolah kena soal oleh guru disiplinnya(cik meon).

Cikgu Meon: kamu ni selalu lambat ke sekolah kenapa ??

Ajoi: saya bangun lambat Cikgu.

Cikgu Meon: kenapa bangun lambat ?

Ajoi: saya tidur tengah malam cikgu.

Cikgu Meon: kenapa kamu selalu tidur tengah malam ?

Ajoi: sebenarnya saya lambat pulang dari sekolah kebelakangan ini Cikgu.

Cikgu Meon: kenapa pulak kamu lambat pulang dari sekolah kebelakangan ini ?

Ajoi: kena denda di sek0lah Cikgu.

Cikgu Meon: kenapa kena denda??

Ajoi: kerana saya datang lambat ke sekolah Cikgu 

Cikgu Meon: ........$%#&#$%^^^^v

 thanks sudi bace !! sayang korang


penat mencari

Assalamualaikum
korang apa khabar .. cik fifiey sentiasa doakan sihat selalu ,, actually cik fifiey siang malam mencari header yang sesuai dengan jiwa cik fifiey hu3 .. cari dan terus mencari akhirnya dapat juga ideanye ... bukan ciplak tau .. cik fifiey wat rujukan jewp ~ idea sendiri .. thanks ya .. yang update gambar-gambar yang cumil macam cik fifiey waaaa *perasan sangat tu ..

if yang terbaca entry cik fifiey boleh la sumbang idea pada cik fifiey ye ... tema warna purple lembut if ada pink sikit-sikit pom oke ^^ .. then corak plak xmo serabai-serabai .. nak corak kecik kecik jewp ~ hoii demandnye makcik fifiey nie .. opss !!!

nak edit sendiri bertahun-tahun kot x siap .. hahahah ~ kepakaran dalam bidang itu ngak ada dong ^^ so cik fifiey mencari jalan suruh sedara yang begitu baik hati untuk menceriakan dan memantapkan lagi bLOg cik fifiey nie ...

bLog sekarang nie bukan x cantik .. cuma jiwa cik fifiey nak yang ceria and comeL ^^v peace !!!

nie antara Konsep or Sample header yang cik fifiey nak >,<


 korang tgk .. background tu cik fifiey nak soft purple pastu pic kartun muslimah weee ~



weee ~ comelnye ... pic nh xmo besar gedabak !!! nak sederhana jewp ~ letak tepi sekali ~





korang nampak yang tulisan samarinda (samar-samar)  uh ?? nak macam tu lew hu3 ..
nice cangat-cangat

Thursday 5 April 2012

suke NASI AYAM PAK MUD

Assalamualaikum ..
korang sebelum cik fifiey nak off lappy nie .. cik fifiey nak kongsi ngan korang tempat makan paling best !! sumpah !! sedap gilerr .. heheheh ~ if korang datang Kedah Darul Aman tempat cik fifiey nie , cik fifiey nak nak ajak korang makan Nasi Ayam Pak Mud .. hahahah thanks a lot pada member cik fifiey Hazwani Binti Jamal Abdul Nasir yang  rekemenkan gerai tu ...


cik fifiey with member yang paling sporting tempat cik ffiiey belajar !!



Sambal hitamnye .... lain dari yang lain ... nasi dah la banyak !! tambah plak ayam berempah !! cik fifiey kalau boleh nak makan tiap-tiap hari ......  Nasi Ayam Pak Mud nie limited edition tau ... sapa cepat dia dapat !!!
Terima kasih sudi baca !! sayang korang

Wednesday 4 April 2012

hari-hari yang sweet

Assalamualaikum
What day is tOday ??thursday KHAMIS  ,, Alhamdulilah hari yang baik untuk kite semua,sesapa nak ketip/potong kuku, potong rambut elok , whatever asalkan benda yang baik, elok sangat lew jugak siapa yang berpuasa pada hari ini. Hari-hari yang lain bukan x molek cuma lebih barakah heheheh~ 
Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari Isnin .. Selasa .. Rabu ..Khamis .. Jumaat .. Sabtu dan Ahad.. Dalam setiap hari tu , ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu sendiri.. menjadi memori sepanjang zaman.. Apakah peristiwa -peristiwa itu ?? silakan semua teruskan membaca -->

Hari isnin
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah..
1.naiknya nabi idris ke langit
2.nabi musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3.Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4.malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5.amal perbuatan umat Nabi Muhammad dilaporkan pada hari isnin.
6.hari wafatnya Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w
7.bukti keesaan Allah diturunkan SURAH AL-IKHLAS "qul huwallau ahad"

Hari selasa
1.wafatnya jurjis
2.Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini
3.Nabi Zakaria a.s pada hari ini juga.
4.tukang sihir firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa a.s
5.asiah iaitu isteri kepada firaun wafat pada hari ini.
6.habil terbunuh pada hari ini.

Hari rabu
1.Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaannya ke dalam perut bumi
2.Allah menghancurkan firaun beserta semua pengikutnya (kat laut tuh)
3.Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4.Allah menghancurkan kaum Nabi Salleh a.s
5.Allah menghancurkan Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

Hari khamis
1.Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir
2.saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi yusof setelah mereka membuang dan mengasingkan..(masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal)
3.Bunyamin iaitu saudara Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof.
4.Nabi Musa a.s memasuli mesir pada hari khamis untul mengajak firaun menyembah lepada Allah.
5.Rasullulah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah.

Hari jumaat
1.pernikahan antara Adam dan Hawa
2.pernikahan antara Yusof dan Zulaikha
3.pernikahan antara Nabi Musa dan Shafura binti Nabi Shuib
4.pernikahan antara Rasulullah dengan Khadijah khuwailid.
5.pernikahan antara Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis dari Negeri Saba'
6.pernikahan antara Rsulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7.pernikahan antara Ali bin Abi Talib dengan Fatimah az-zahra.

Hari sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya .. sebab ... 
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2.Kaum Nabi Salleh mencabar nabinya mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya kedalam perigi 
di padang pasir.*arwah tok selalu cite kisah ni ,, tingatnye kt arwah tok  
3.Raja Firaun mencabar Nabi Musa
4.Orang-orang yahudi mengkhianati dan menejar Nabi Isa untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
5.Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.
6.kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu dilarang mereka berbuat demikian. 

Hari ahad
1.Allah menjadikan neraka. 
2.Allah mencipta bumi dan langit  7 lapis
3.Allah menjadikan 7 anggota adam.
4.Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
5.Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar.
6.Allah menjadikan lautan yang tujuh.

Diantara hari-hari yang tujuh itu.. hari Jumaat lah yang paling mulia.. dan digelar penghulu segala hari.. so banyak fadhilat yang boleh kira perolehi pada hari jumaat..
Begitulah peristiwa-peristiwa yang berlaku sekia-sekian hari.. hanya dengan mengimbas kembali sejarah-sejarah Nabi if korang nak tahu tentang sirah nabawiyanie .. *search je kt internet huhuhuhu ataupon buku-buku, majalah yang berkaitan ,, moga kita semua mendapat ikhtibar yek !!! yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua... dan yang buruk itu dari hambaNYA yang daif*suka ayat nih !! .. sekian

Terima kasih sudi baca !! sayang korang