Wednesday 9 May 2012

-Tips: Mengantuk

Bestnya jadi baby,boleh tido sentiasa

Assalamualaikum 

Lagi setengah jam cik fifiey nak tunggu jam 5, fedup benggang rasa nak makan orang pom ada. Kenapa hati nie rasa x senang je, pusing kiri pusing kanan aishh kalau pejabat ni cik fifiey yang punya, cik fifiey suruh anak-anak buah berkumpul dan pasang lagu Poco Poco dan kita menari wah !! best sangat hilangkan rasa Mengantuk di hati tak siapa yang tahu .. important thingss kita dapat exercise. 1 2 3 ... guys poco poco !!! come on ..

Mengadap je bLog cik fifiey yang ohsem nie.. cik fifiey mula gatai tangan dan luah isi jantung hati untuk korang semua,, thanks yang sudi bace korang memang ohsem like bLog cik fifiey yuhuuu, semestinya mengantuk nie tetap menguasai cik fifiey, adakah ini angkara Iblis LaknatuLLah !! Astagfirullahalhazim,, cik fifiey cuba dan terus mencuba untuk mencari Apakah Petua Yang Paling Cun untuk mengatasi mengantuk tahap kritikal yang xde sesiapa dapat lawan.

Mula la cik fifiey mulakan perjalanan menjelajahi seluruh pejabat, semua pandang cik fifiey tapi muka tetap control dan terus menjelajah untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. selesai thowaf 2 pusingan cik fifiey kembali ke tempat asal dan duduk diam tanpa kata, ish ish tetap xde perubahan -__- macam nak cari bantal dan tido dengan amannya.... tingat bantal bucuk dirumah^^

Tetiba fikiran cik fifiey teringat satu program masa tu cik fifiey muda lagi muka pun licin tanpa Jerawat yang gatal nak tumbuh nie !!
Tipsnya Adalah ...

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1. 1 orang insan yang mengantuk. insan yang mengantuk ini perlu ada sekurang-kurangnya
* 1 batang tangan
2. 1 orang insan yang sejantina dengan bahan 1.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Tidak perlu ke mana-mana, tempatkan dua orang ditempat korang,,, jangan membelakangi.
2. Letakkan tapak tangan bahan 1 ke bahu bahan 2. Urut dengan kadar kelajuan yang sesuai. Sentiasa berwaspada bahawa ikhlas adalah elemen yang penting untuk menjayakan tips ini.
3. Beralih ke bahu sebelah lagi (kanan atau kiri) jika mampu dan urut dengan semangat pejuang perang Khandak. Sentiasa beringat bahawa yang diurut adalah bahu, bukan batu-batu disekitar Madinah.
3. Sekiranya bahan 1 sudah segar, segeralah beralih peranan. Simbiosis!!
4. Amalkan dimana-mana (yang rasional). Tempat Keje, Dewan Kuliah, ketika Qiamulail bersama-sama.

JANGAN !!

* Cik fifiey tidak galakkan korang cuba ketika khutbah Jumaat. Ketika khutbah Jumaat, kita dilarang bercakap-cakap, malah dilarang menyuruh orang lain berhenti bercakap-cakap. Aku fikir, ada kemungkinan mencuit atau mengurut kawan mampu mengurangkan/ menghilang pahala Jumaat. ( untuk lelaki sahaja)

Thanks korang!! love u 


3 comments:

  1. hahaha..idea yang bernas untuk org mengantukk...nak cuba kat ofis lah juga..nak buat berjemaah..hahaha..amboi tawaf 2 kali ek cik fifiey..Jay kalau ngantuk turun naik dari tgkt 3 ke tgkt 1..hehehe

    ReplyDelete
  2. YE KEW .. jay opis cik fifiey setingkat je .. hahahah ~ cik fifiey try semlam kecoh 1 opis .. jay keje mana ??

    ReplyDelete
  3. Jay keje kat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah...hehe..

    ReplyDelete