Wednesday 4 April 2012

hari-hari yang sweet

Assalamualaikum
What day is tOday ??thursday KHAMIS  ,, Alhamdulilah hari yang baik untuk kite semua,sesapa nak ketip/potong kuku, potong rambut elok , whatever asalkan benda yang baik, elok sangat lew jugak siapa yang berpuasa pada hari ini. Hari-hari yang lain bukan x molek cuma lebih barakah heheheh~ 
Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari Isnin .. Selasa .. Rabu ..Khamis .. Jumaat .. Sabtu dan Ahad.. Dalam setiap hari tu , ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu sendiri.. menjadi memori sepanjang zaman.. Apakah peristiwa -peristiwa itu ?? silakan semua teruskan membaca -->

Hari isnin
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah..
1.naiknya nabi idris ke langit
2.nabi musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3.Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4.malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5.amal perbuatan umat Nabi Muhammad dilaporkan pada hari isnin.
6.hari wafatnya Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w
7.bukti keesaan Allah diturunkan SURAH AL-IKHLAS "qul huwallau ahad"

Hari selasa
1.wafatnya jurjis
2.Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini
3.Nabi Zakaria a.s pada hari ini juga.
4.tukang sihir firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa a.s
5.asiah iaitu isteri kepada firaun wafat pada hari ini.
6.habil terbunuh pada hari ini.

Hari rabu
1.Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaannya ke dalam perut bumi
2.Allah menghancurkan firaun beserta semua pengikutnya (kat laut tuh)
3.Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4.Allah menghancurkan kaum Nabi Salleh a.s
5.Allah menghancurkan Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

Hari khamis
1.Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir
2.saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi yusof setelah mereka membuang dan mengasingkan..(masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal)
3.Bunyamin iaitu saudara Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof.
4.Nabi Musa a.s memasuli mesir pada hari khamis untul mengajak firaun menyembah lepada Allah.
5.Rasullulah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah.

Hari jumaat
1.pernikahan antara Adam dan Hawa
2.pernikahan antara Yusof dan Zulaikha
3.pernikahan antara Nabi Musa dan Shafura binti Nabi Shuib
4.pernikahan antara Rasulullah dengan Khadijah khuwailid.
5.pernikahan antara Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis dari Negeri Saba'
6.pernikahan antara Rsulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7.pernikahan antara Ali bin Abi Talib dengan Fatimah az-zahra.

Hari sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya .. sebab ... 
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2.Kaum Nabi Salleh mencabar nabinya mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya kedalam perigi 
di padang pasir.*arwah tok selalu cite kisah ni ,, tingatnye kt arwah tok  
3.Raja Firaun mencabar Nabi Musa
4.Orang-orang yahudi mengkhianati dan menejar Nabi Isa untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
5.Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.
6.kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu dilarang mereka berbuat demikian. 

Hari ahad
1.Allah menjadikan neraka. 
2.Allah mencipta bumi dan langit  7 lapis
3.Allah menjadikan 7 anggota adam.
4.Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
5.Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar.
6.Allah menjadikan lautan yang tujuh.

Diantara hari-hari yang tujuh itu.. hari Jumaat lah yang paling mulia.. dan digelar penghulu segala hari.. so banyak fadhilat yang boleh kira perolehi pada hari jumaat..
Begitulah peristiwa-peristiwa yang berlaku sekia-sekian hari.. hanya dengan mengimbas kembali sejarah-sejarah Nabi if korang nak tahu tentang sirah nabawiyanie .. *search je kt internet huhuhuhu ataupon buku-buku, majalah yang berkaitan ,, moga kita semua mendapat ikhtibar yek !!! yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua... dan yang buruk itu dari hambaNYA yang daif*suka ayat nih !! .. sekian

Terima kasih sudi baca !! sayang korang 






1 comment:

  1. alhamdulillah..Hari kiamat juga dikatakan akan jatuh pada hari jumaat..turunnya nabi isa ke dunia pada hari jumaat..yang pernah Jay bacalah..bnyak lagi berkenaan hari jumaat.hari lain ada juga dpt info tetapi terlalu sikit..thanks cik fifiey atas perkongsian ni..semoga Allah swt sentiasa memberkati cik fifiey..amiinn

    ReplyDelete