Wednesday, 30 January 2013

-Aku vs Guru{Tetap}

Assalamualaikum....

Salam sejahtera dan hello kawan-kawankuh !! hope korang sihat and terkejut tetiba je Aku vs Guru.. Alhamdulilah semua ini rezki Allah, segala yang aku idamkan selama ini tercapai dan sekaligus memenuhi impian IbuAyah dan Impian makhluk-makhluk dimuka bumi ini hehehe {tengok ayat aku dah skema je tetibe kui kui} Nak jadi Guru bukannye Mudah oii !!hampa ingat macam buka kacang ke'kacang je', sape kata Mudah mai habaq kat aku sat...

After graduated Usim.. Sang Kumbang aku yang apply dan buat segala urusan sebab dia mengharapkan aku menjadi seorang Pendidik, cewahhh !! Alhamdulilah dan Syukur sekali lagi aku dapat menjadi Ustazah j-Qaf.. Ape j-Qaf mai aku nak habaq {sila baca perenggan 3 }, sekarang cik fifiey bahasakan diri 'Aku' bukan kurang ajar ke ape ke ?? Sebab munasababnya penggunaan 'Aku' lebih selesa sebagai medan Luahan rasa Puas Hati , Sakit Hati , Berkongsi Ilmu dan sebagainya Yang aku rasa bersesuaian dengan Imej aku sebagai Guru yang digelar Ustazah ^___^


Ha.. korang nak tau ke j-Qaf tu apa ?bukan j-Corp (Johor Corporation) hahaha..  J.Q.A.F ni singkatan dari j=Jawi ,Q=Quran, A=Bahasa Arab dan F=Fardhu Ain... Sebenarnya j-QAF ni dibuat untuk mengatasi masalah keciciran dan buta huruf serta nak memperkukuhkan ilmu Fardhu Ain. dari 2005 sampailah sekarang 2013 dilaksanakan secara rintis dibeberapa buah Sekolah Kebangsaan, Sekolah cina dan Sekolah Tamil. itu serba sedikit yang aku kongsi buat korang semua ,, tengok cm boring je muka baca entry aku ni..

IPG dan Sekolah aku plak kebetulan satu Negeri yakni N9 Darul Khusus, Alhamdulilah dekat dan yang paling penting dekat dengan Sang Kumbangkuh !! yeah yeah !! yela aku nak kawen x lama lagi, harus sangat sangat la dekat dengan Suami kan kan ,, sori la ye terexcited plak, hari ini genaplah sebulan aku menjadi Pelatih di Sk Kota, Rembau dan cikgu-cikgu disini sporting, ceria, muka garang, muka lembik, muka  comel, hensem dan macam-macam ragam yang ada, yang penting aku tetap aku yang menumpang dibumi Negeri Sembilan Darul Khusus..

Lupa aku nak bagitau, aku mengajar subjek BAHASA ARAB DAN AL-QURAN dan aku harapkan dapat memberikan segala ilmu yang berguna pada anak-anak kecilku ini.. ok la aku x boleh lama-lama ni, boring aku dah habis sekarang aku nak sambung keje aku yang x berapa nak ada..

Thanks sudi bace aku punya entry..

Thursday, 29 November 2012

My Konvokesyen 'USIM'

Assalamualaikum ...
tudiaa siap melambung topi nih !!

Readers kuh sekalian alam .. korang apa khabar ?? Cik fifi kembali to say Alhamdulilah coz cik fifi dah tamatkan pengajian for degree megree yang selama 4 tahun bertubi-tubi perjuangan yang semanis gula ini. Lega rasanya interview keje selesai, study selesai and kawen je belum selesai lagi, ramai yang bertanya-tanya naik rimas dengan persoalan ??
 'Bila ko nak nikah'
 'Bila nak kawen cek oii'
 'Boypren dah ada so cepat-cepat la nikah'

nak amek !! nie lah jantung hati cik fifi !!

 Aduihh naik serabut serabai kepala hotak ni !! Memikirkan masalah perkahwinan hahahahah , kita ignore jap bab kawen kawen nh .. kita kembali untuk hari Konvokesyen cik fifi yek, Tanggal 24 November 2012 Pukul 5 pagi cik fifi bangun bila semua manusia sedang tidur, semangat konvo katakan, gila x seronok.. so family cik fifi pon kalut malut macam cik fifi nak nikah jewp,, so hari bahagia semua semangat.

Ya Allah kau saja yang tahu 120k/j cik fifi pecuttttttt dengan hujan rahmat yang membasahi bumi puchong---> salak tinggi ---> dan selamat sampai ke bumi belajarkuh !! NILAI hehehehe

Thursday, 8 November 2012

-Aku dan Bowling

Assalamualaikum

Nite reader ,jum la bace entry cik fifi sebelum tidur tu meh laaaaa (6 harkat), petang tadi selepas kemas rumah, basuh kain, sidai kain bagai cik fifi terus pengsan sampai la pukul 5 petang sedar-sedar kepala hotak pusing-pusing dan terus teringat nak solat asar kalau tidak nak pengsan kali kedua hikhik. So teringin pulak nak share dengan u all kenangan cik fifi dengan bowling pada tahun ini.

Last week cik fifi bersama-sama dengan my cool aunty ke IOI mall lebih kurang shoping complex la *memang shoping complex pon ngeeee , my aunty cik fifi la ajak main bowling dengan kawan dia 'kak yati and kak ina' so kami pon merempit naik Waja silver walaupun hujaan turun dengan lajunya wow semangat tetap ada, semangat kot sebab namploh tahun dah cik fifi tinggalkan dunia bowling nie. 

Tengok u all cik fifi pakai simple je sebab simple tu simple la, selesa tutup aurat Noted, nak tahu tak yang jaga kaunter bowling nie, muka macam telor yang dah busuk tu tak mesra langsung apatah lagi nak pandang . Patut tak mesra tak pandang cik fifi kat situ rupanya dia tu aww, atas sebab cik fifi mempunyai sifat perkemanusian dan keinsanan cik telur busuk tu dimaafkan serta merta. *masa tu penuh sangat manusia yang main bowling nh so kami hold dlam 15 minit.


Semua sekali Rm64.50 kami main 4 orang for 3 round hehehehe. Start game yang pertama bola kami masuk  longkang je *buat muka seposen je walaupun ramai yang usha kami main'pe usha2 aish hahaha tapi second game kami dah power strike strok strik semua kami hentam sampai bergegar bangunan shoping complex nie ha.. Butheway kami enjoy sampai lebam biji mata nie .. Lusa cik fifi and the geng my aunty sekali lagi menggegarkan bowling at IOI Puchong. Jum ramai-ramai ^^ dan kat bawak tu cik fifi bagi korang tengok pic yang dikatakan pemain hebat abad ini hahaha.


Thanks sudi terjah bLog kite ini ^^



Monday, 5 November 2012

-Bersua Kembali-

Assalamualaikum

Pembaca budiman lagi cendiakawan cendawan sekalian, thanks sudi ziarah entry cik fifi walaupun sebulan sekali cik fifi entry, jari jemari yang comel nh tetap nak menulis untuk korang. Alhamdulilah 2 nov yang lalu cik fifi genaplah 34 hari cik fifi berkhidmat di Sekolah Menengah Putra Perdana, Puchong, pengalaman yang cukup bermakna paling meletOp abad ini *meletop ke.



peace .. trademark budak-budak comel cik fifi nie


Anak-anak murid cik fifi nh sporting blakee, pantang cik fifi free ajak berborak bagai, kononnye sedih cikgu x mengajar di sekolah tu lagi, just guru ganti je, 2 3 hari lagi nak cuti sekolah kalut la bebudak nak bergambar dengan cikgunye ^^ smile ... bergambar sampai lenguh muka yang comel ini *perasan la sorang-sorang.


hamek kau !! cikgu pon nak peace jugak ~

Itu ini sana sini atas bawah depan belakang adalah pengalaman cik fifi sebagai Guru kepada murid-murid Sekolah Menengah, sebelum tu cik fifi rasa tak percaya dan tak yakin nak mengajar di Sek Men nie .. Sebelum nie cik fifi mengajar murid-murid Sek Ren je, kali ini cabaran yang betul2 mengajar Erti Seorang Guru. Nak tahu sifat seorang guru mesti ada sifat Sabar Tabah Tegas Berdisiplin Cekap Amanah Bijak jangan lembab ye .. Bukan student yang mengontrol kite .. Tapi kite yang mengontrol student ..

Yang pakai baju kurung hijau tu MY bff, dia pun bekerja di sekolah yang sama, dari zaman sekolah kitorang sampai la suku abad nh tetap bersama, kawen je tak sama *perlu ke cakap macam tuh !!
v
v
Gembira sama-sama, sedih sama-sama, kena kutuk sama-sama, kena marah pun sama-sama means Everything kami tetap bersama...



Cik fifi rasa bertuah dan bangga * hidung dah kembang tuh !! kebetulan sekolah tersebut buat event HI-TEA dan  ANUGERAH guru ... memang meletop la.. nak tahu meletop ke tidak korang jangan lupa saksikan entry cik fifi yang mana cik fifi akan ceritakan keadaan disana *tunggu cik fifi entry pleaseeeess 



Tengkiuu sudi bace !! love u all



Friday, 28 September 2012

-Ustazah vs Cikgu-

Asslamualaikum .. pembace kuh yang setia !!

Kali nie cik fiey nak berkongsi ngn u all tentang kehidupan cik fiey setelah bergelar pendidik nie. Bermula 13 September 2012 sehingga sekarang cik fiey berkhidmat sebagai Guru Bersalin for 3 month, rasanye x sampai pun 3 month coz cmne ntah pihak sekolah nh kira.

Lantak lah berapa bulan pihak sekolah nak bagi cik fiey berkhidmat, yang penting cik fiey nak jadi pendidik yang ikhlas mencurah ilmu untuk anak-anak bangsa kite. 3 weeks ago cik fiey berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana at Puchong, dan cik fiey mengajar subjek agama 'PENDIDIKAN ISLAM'. Alhamdulilah cik fiey nie bukannye pandai sangat cuma kita manfaatkan apa yang pernah belajar 5 tahun yang lalu heheheh syukur dapat jugak job walaupun lagi sebulan nak cuti sekolah.

Ni Logo SMK PUTRA PERDANA
v
V

MISI:
untuk Memberikan Pendidikan Kepada Generasi Muda Melalui Pengurusan Pendidikan Berkualiti bagi Melahirkan Isan Mulia berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

VISI:
SMKPP akan menjadi sekolah cemerlang di negeri Selangor menjelang tahun 2015

Oke, u all mesti nak tahu kan macamne cik fiey mengajar budak-budak Tingkatan 3 and Tingkatan 4, before cik fiey masuk kelas diorang cik fiey akan menelaah apa yang perlu cik fiey mengajar nanti so for your information, bukan senang tau nak jadi pendidik nh, "Fizikal Mental Ketahanan Diri Kesabaran Kesungguhan dan Control Ayu" semasa mengajar perlu ada pada setiap orang guru lebih lebih lagi guru Muda yang lama baru menamatkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia.

Tuan Puan Dato Datin dahku ...

Tibanye tarikh 13 September 2012 tu, cik fiey seorang diri memberanikan diri dan buat buat tak malu menuju di Pejabat melaporkan diri huh !! Penolong Kanan Sekolah tu terus bagi jadual dan suruh cik fiey masuk kelas dan mengajar. Memang gelabah lah time tu. Tapi tak pe, cik fiey dah wat persediaan walau apa pun terjadi Alhamdulilah...

Yang menyebabkan cik fiey nie busy seolah-olah Perdana Menteri pulakkan ^__^  guru yang cik fiey ganti nie adalah Guru Kelas 3 Alamanda huhuhu so cik fiey terlalu banyak kerja contohnya Every day mesti ambil Kehadiran Student Kelas 3 Alamanda, Buku Ringkasan Mengajar {sentiasa complete huhu} setiap minggu kena siapkan dan Puan Hadarah akan tengok dan T.Tangan diikuti cop. Akhir sekali cik fiey kena key in 40 orang untuk kelas 3 Alamanda dalam sistem. Kerja tu cik fiey akan dibantu oleh Kak Lydiawati so nice la akak nh .. baik sangat dengan cik fiey tau, time budak exam nanti InsyaALLAH cik fiey akan siapkan !!

Abaikan yang dibelakang cik fifey tuh !! hehehe gimik semata-mata 

Apa gelagat budak-budak sekolah nie .. nantikan entry seterusnya dari cik fiey .. Thanks u all sudi membace entry cik fiey ..

Tuesday, 11 September 2012

- Masih Ada-

Assalamualaikum 

Hai readers kuh sekalian, nampaknye cik fiey masih boleh menulis dan akan terus menulis kepada sesapa yang terjah bLog cik fiey ni, so sekarang cik fiey masih penganggur TERHORMAT, dan insyaAllah tak lama lagi cik fiey akan mendapat keleje ,, WORRIED ,,,
aci tak cik fiey siarkan gambar yg comel lagi muslimah nie 

Sekarang cik fiey diselubungi dengan kenduri kendari sepupu sepapat, then cik fiey wat-wat busy sebab mereka perlukan perkhidmatan waaaa untungla pandai jugak ,, opss terpuji diri sendiri,, so dalam bulan SEPTEMBER nh cik fiey akan berada di kawasan Bangi, Sepang, Puchong , important thing !! nak pergi Usim dan selesaikan mana yang patut,, arghhhhhh tetiba zaman study dulu,,

Raya ke 5 haritu, Alhamdulilah cik fiey dah dirisik oleh Sang Kumbang yang dah lama hinggap dibunga ,,,, dan cik fiey mendapat sebentUk cincin yang comel(belah rotan) thanks darling..dan bakal mak mentua yang sarungkan,,, sumpah nebes gile.. dan dalam masa yang sama cik fiey bersyukur pada ILAHI akhirnya Sang Kumbang betul-betul nak jadikan cik fiey isteri,

Selama cik fiey tak entry, macam-macam perkara yang menyeronokkan dan menyedihkan, kita manusia perlu redho dan sabar sebab dunia nh pinjama semata-mata.. tengok dah bermadah pujangga la pulak,, u all jangan lupa doakan cik fiey yek tak kira dimana u all berada..

InsyaAllah if ada masa yang bertuah cik fiey akan entry wat kali kedua setelah sekian lama menyembunyikan diri disebabkan ..................... paham-paham je la korang nh ^^

sayang rindu u all ...

Monday, 9 July 2012

- cuba try

Assalamualaikum  ♥ 

Alhamdulilah sekarang cik fifiey akan berada di rumah sendiri dan membela badan yang makin montel nh, sumpah bahagia sangat tinggal dengan family kan, so cik fifiey dah niat dan bertekad berazam berazim berazum nak menjaga kesihatan dan nak dapatkan badan yang dulunya 45-48 sekarang 50 aboveee .. arghhh macam gile kOt cik fifiey tengok penimbang berat uh !!  cam x percaye je hahahah ..

So mama cik fifiey buat derkkk je aw dan b.. she said ' badan gemuk xpe janji hati kiutt' wah wah dah macam kata-kata pelawak JAMBU tu kan.. so jawapan mama tadi diterima thanks mama for ur nice advice...

Jaga makan jaga badan jaga kesihatan ,,, itu paling baik ryte ,, Now cik fifiey x ambil nasi untuk malam,, ambil yang ringan-ringan je .,, memandangkan musim buah cik fifiey melantak buah-buahan yang ada disekeliling rumah ,,,,

Ok .. cik fifiey nak makan buah rambut-tan nie .. jum ...
Thanks sudi bace ! sayang korang